Wednesday, July 20, 2011

Petua Kesihatan #2


Ini merupakan sambungan dari koleksi petua-petua dari petua kesihatan #1. Petua-petua ini merupakan amalan yang diperturunkan dari generasi terdahulu. Amat rugi jika petua-petua ini dilupakan begitu sahaja.

LELAH

Bersihkan dua tangkai bunga belimbing buluh . Masukkan ke dalam bekas tahan panas dan campurkan 5 gm gula batu (lebih kurang besar ibu jari) Masukkan bekas ini ke dalam periuk nasi masak, keluarkan bekas ini dan biarkan sejuk, kemudian berikan pesakit lelah minum air terumata kanak-kanak kurang dari lima tahun dalam bekas itu (lebih elok jika di tapis dahulu) Ulangi amalan ini setiap hari selama seminggu dan lihatlah hasilnya. Insya Allah..