Thursday, December 30, 2010

Juara!!!


TAHNIAH pasukan Malaysia kerana berjaya merangkul kejuaraan Piala Suzuki AFF buat julung kalinya dengan menewaskan pasukan Indonesia dengan agregat 4-2...

Tuesday, December 7, 2010

Seni Yang Superb Cool!!!

Atas jalan raya di Malaysia xdak lg la seni mcm nie..hohohoho


Friday, November 5, 2010

Gmbar Banjir Di Jitra...


Gambar2 nie di ambil pada 2 November 2010...
Pekan Jitra terus lumpuh dan tunggang langgang...

Tuesday, November 2, 2010

Banjir!!!


Jitra sudah banjir...
pkui 12 mlm td ok lg...
tp la nie dh tahap kritikal...
moga2 banjir nie xteruk....

huhuhuhu....

Monday, November 1, 2010

Hujan Oh Hujan...

Salam semua...
ari nie dah genap 2 ari hujan turun di jitra...
nak buat keja apa pun xbuleh...
nk p lepak2 pekena tea pun susah...

Klau hujan nie berlarutan lg 2ari,mmg sah la banjir akan terjadi blk...


p/s : harap2 xbanjir la tahun nie...

Saturday, October 30, 2010

Kelantan Juara Piala Malaysia 2010..




Final Piala Malaysia 2010
KELANTAN VS NEGERI SEMBILAN
Kelantan menang 2 -1



Pasukan Kelantan menjulang Piala Malaysia buat kali pertama...
Tahniah...

Wednesday, October 27, 2010

Sotong Peramal Piala Dunia Mati..

GAMBAR fail menunjukkan Paul membuka tudung sebuah kotak plastik yang mengandungi kupang dan lambang bendera Jerman semasa membuat ramalan perlawanan Piala Dunia antara Jerman dengan England di akuarium Sea LIfe di bandar Oberhausen, Jerman pada 25 Jun lalu.


FRANKFURT - Seekor sotong kurita, Paul di Jerman yang menyebabkan para peminat bola sepak di seluruh dunia terpegun kerana ketepatannya meramalkan beberapa keputusan bola sepak Piala Dunia 2010 mati semasa berumur dua setengah tahun semalam.

Menurut seorang jurucakap akuarium Sea Life yang menempatkan haiwan tersebut, Ariane Vieregge, sotong yang pernah meramalkan Sepanyol sebagai juara Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan itu mati di dalam akuariumnya di bandar Oberhausen, barat Jerman pada waktu pagi.

Sotong itu kelihatan baik apabila diperiksa lewat kelmarin.
Namun, kata jurucakap itu, Paul gagal untuk meneruskan hidup dan ia mati akibat semula jadi.

"Kami semua mula menyayanginya dan akan merasai kehilangannya," kata pengurus akuarium itu, Stefan Porwoll dalam satu kenyataan.
Setakat ini, pihak pengurusan Sea Life masih belum memutuskan cara untuk memperingati penghuni yang paling terkenal dalam akuarium berkenaan.
Sotong itu pernah mendapat ancaman bunuh kerana ia meramalkan Argentina kalah kepada Jerman pada pusingan kedua kejohanan Piala Dunia 2010.

"Kami mungkin memutuskan untuk menyediakan kubur kecil buat Paul dalam pekarangan akuarium kami dan mendirikan satu 'makam' sederhana yang kekal," kata pengurus tersebut.

Sotong itu menjadi selebriti semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung pada Jun dan Julai lalu di Afrika Selatan.
Paul bersara daripada membuat ramalan selepas perlawanan menentukan juara Piala Dunia antara skuad bola sepak Sepanyol dengan Belanda.

Selepas perlawanan itu berakhir, sotong itu kembali dengan peranan asal dengan membuatkan kanak-kanak gembira apabila melihat gelagatnya di dalam akuarium.
Paul mendapat perhatian ramai apabila ia berjaya meramalkan dengan tepat tujuh perlawanan melibatkan skuad bola sepak Jerman dalam kejohanan Piala Dunia itu.
Sotong itu memulakan ramalannya dengan membuka penutup salah satu daripada dua kotak plastik yang mengandungi kupang dan bendera skuad yang berentap dalam pertandingan.

Antara ramalan yang dibuat oleh Paul ialah kemenangan Jerman ke atas pasukan Argentina dan kekalahan Jerman ke atas Serbia.
Sotong itu turut meramalkan kemenangan Jerman ke atas England dan kekalahan Jerman ke atas Sepanyol pada peringkat separuh akhir.

Selepas kemahiran meramalnya itu didedahkan, Paul telah dilantik menjadi duta mewakili England yang cuba menjadi tuan rumah kejohanan bola sepak Piala Dunia pada 2018.

Sotong itu dilahirkan di akuarium Weymouth Sea Life Centre, England pada 2008.
Kebolehan meramalkan itu kemudian menjadi ilham pemilik beberapa haiwan lain yang cuba membuktikan ia setanding dengan Paul.

Antara haiwan lain yang mengikut jejak langkah Paul ialah burung bayan di Singapura dan burung kakak tua Lorenzo di Hannover, Jerman. - Agensi

*sumber kosmo

Thursday, October 21, 2010

Bentuk Salji Yg sebenar....


Bagaimanakah bentuk salji??
setelah dizoom oleh mikroskop beginilah rupa bentuk salji...

Wednesday, October 20, 2010

Kedah VS Kelantan...

Salam semua..
Jom p layan bolasepak tempatan...
Separuh akhir Piala Malaysia 2010..
Kedah VS Kelantan mlm nie pkui 8.45mlm di Stadium Darulaman...
Mari kita gegarkan stadium mlm nie...
Pulun Kedah Pulun!!!!


p/s : biar jasa jadi kenangan..

*update : keputusan seri 0-0

Tuesday, October 19, 2010

Pelik Tapi Benar...


Banyak benda yg kecil2 di dunia nie yg kita tahu...
Dan banyak jugak benda yg kita xtahu..
Seperti gambar benda2 kecil di bawah nie...

Monday, October 18, 2010

Pendrive Yang Cool....


Teknologi yg semakin berkembang telah menjadikan barang2 elektronik menjadi lebih cool...

Saturday, October 16, 2010

Bajet 2011: Intipati


Berikut ialah intipati Bajet 2011 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat:
  • Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh yang dijangka siap pada 2025.
  • Pembinaan projek bersepadu "Warisan Merdeka" dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015.  
  •  

Friday, October 15, 2010

Peminat Bola Yang Sejati...

Felipe Alvares merupakan peminat bola sepak yg sgt setia sehingga membuat tatu jersi pasukan Atletico Nacional di badannya...

Tatu tersebut dibuat untuk mengingati kematian pemain bolasepak Colombia, Andres Escobar yg mati dibunuh pada tahun 1994..

Thursday, October 14, 2010

Pasangan Berkhalwat Sedang Dirakam...

Gempar...!!!
Sepasang kekasih yang asyik berkhalwat tidak menyedari bahawa perbuatan sumbang mereka telah dirakam...

nampak x?

Wednesday, October 13, 2010

Warkah Untukmu Wahai Pencuri Basikal


Wahai pencuri basikal..kenapa kau sungguh kejam...
Smpai hati kau mencuri basikal aku....mcmna aku nk nek p sekolah...

hahahahaha teruskan membaca...

Kenapa US Takut Pada Negara Islam??


US ataupun United State atau lebih dikenali sbg Amerika Syarikat adalah kuasa besar dunia nie...
Byk negara tkut pada teknologi senjata negara Amerika...
Tapi betapa hebatpun Amerika,negara2 Islam lebih hebat lg...
Kalau xcaya tgkla sendiri..

Tuesday, October 12, 2010

20 Cara Menjadikan Roomate Anda Gila!!


1. Setiap hari Khamis/Jumaat, pack segala barang hampa dan habaq kat roommate hampa nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & habaq kt dia kata takdak org kat rumah. Unpack segala brg hampa pastu p tidoq.

2. Setiap kali roommate hampa balik, jerit sekuat hati” horee…hang dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya hang dah blah dah la nie”

mari teruskan membaca cara2 nk bg roomate hampa gila....

Senjata EMAS Saddam Hussein...


Salam semua..
Seperti mana yg kita tahu bhawa bekas presiden Iraq (Saddam Hussein) adalah seorang pemerintah yg tegas...
Selepas negara Iraq diserang oleh tentera2 Amerika dan sekutunya,negara Iraq menjadi kucar kacir hingga sekarang....

Apa yg mengejutkan semua adalah penemuan senjata2 peribadi milik presiden Saddam...
Ianya bukan senjata2 biasa tetapi disaluti dgn emas...

Wednesday, October 6, 2010

Gambar Betul Atau Tidak?

Salam sumua...
Jom kita tgk sama ada gmbar2 kt bawah nie asli ka atau telah di edit ataupun dlm kata yg lain telah di Photoshop..
hohoho jom layan....

Wednesday, September 29, 2010

Seni Pensil Yang Coollll.............

Pensil telah menjadi sebahagian daripada diri kita kerana kita akan mnggunakan pensil hampir setiap hari
dlm rutin harian kita...

Xkira la kita masih bersekolah,ataupun dah bekerjaya...
Pensil merupakan alat utk manusia menulis,melukis dan sebagainya...

Tanpa pensil di muka Bumi ini,tidak adalah potret2,gambar2 yg dihasilkan kerana pensil adalah
asas di dlm melukis sesebuah lukisan..

Jadi marilah kita menghargai pensil xkiralah pensil yg kita beli itu mahal ataupun murah...
Gmbar di bawah adalah salah sorang manusia yg menghargai pensil..
(hohohoho penat dah dok buat cerita karut) jom layan...


Sapa Lapaq Kek?

Salam...
Ari nie tiba2 ja admin rasa lapaq nk mkan kek...
Xkiqa la kek apa pun janji kek...klau dpt kek coklat ka,mmg dok pulun yg 2 smpai licin...hohohohoho...
Sbb ari nie admin rasa lapaq kek,jom kita tgk gmbar2 kek pelangi yg akan membuatkan admin dan hampa semua terliur....slruuppp...layan..


Tuesday, September 28, 2010

Dulu & Sekarang

Salam semua...
Hohohoho gembiranya rasa hati atan nie...
Admin dh berjaya buat 100 post utk blog LSFAMILIA nie...
Mmg best xterkata la...(mcm nk belanja hampa semua mkan KFC ja...) :D

Untuk entri kali nie plak jom kita tgk laman2 web 12 tahun dahulu dan laman web pada tahun 2010 nie...
Jomla kita tgk,xlarat nk berceloteh dah aih..:P

Saturday, September 25, 2010

10 Tips Untuk Tahun 2010

 Jom kita ambil tips2 nie sbgai panduan... ^_^


Sunday, September 19, 2010

Bas “Credo E-Bone”


Salam semua...
mesti kita semua pernah naik bas kan..walaupun sekali...
kali nie atan nk tnjuk plak tentang bas yg mesra alam...

Konsep bas mesra alam yg dipanggil  "Credo E-Bone" direka oleh pereka Hungary Simon Petrus. 
Menggunakan bahan api hidrogen dan bateri lithium.Badan bas ini dibuat menggunakan plastik komposit ringan yg menjadikan ianya lebih mesra alam..

Ini lah bas yg direka tersebut:

Saturday, September 18, 2010

Selebriti Berpakaian Terbaik Bagi Tahun 2010

Salam semua...
Kali nie jom kita tgk pulak selebriti luar negara yg berpakaian terbaik bg tahun 2010...
Majalah People telah mengumumkan senarai selebriti Hollywood yg berpakaian terbaik...

So jom kita layan...

Selebriti Wanita Hollywood

1. Jessica Alba

Friday, September 17, 2010

Bahaya Arak...

Salam semua...
lama admin xupdate blog nie..
huhu besa la kan..sibuk p beraya..open house sana,open house sini...

kali nie jom kita tgk plak gmbar2 org mabuk...
sedap kt mana air kencing syaitan nie??


Friday, September 10, 2010

Pemotong Baju Paling Cool...


Salam semua...
sanggup x klau t-shirt hampa kena gunting2 utk nmpak lebih stylo + cool?
klau sanggup buleh la try mcm yg Adam Saaks buat nie..
mmg tangan penuh seni...


Selamat Hari Raya Aidilfitri


Salam semua..
apa khabar...diharap baik2 dah sihat belaka no..
baju raya,songkok,seluar jeans,t-shirt dan kasut raya dah beli ka belum...??

Di kesempatan ini, blog LSFAMILIA ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin...

jgn lupa mai beraya kt umah na...
klau mai nnti dpt duit raya byk2...^_^

so mkan ketupat,lemang,dodol,kuih raya tu beringat2 la no....
jgn mkan byk2 sangat sbb banyak umah lg nk kena p beraya...


SALAM AIDILFITRI..

Wednesday, September 8, 2010

Berbuka Puasa Bersama Labu Sayong Familia!


Salam semua...
apa khabar...lama rasanya xupdate blog nie...
bukan apa,dok sibuk sikit dekat2 raya nie..org nu ajak buka posa sama2,org nie ajak buka posa sama2..
mmg kalaut la smpai xdan nk buat apa..hohohoho

Apa2 pun ari sbtu yg lepas LSFAMILIA brjaya buat 1 lg aktiviti..
kali nie buat aktiviti berbuka puasa di Kuala Perlis dgn ahli2 LSFAMILIA...
perancangan yg dibuat 2mnggu lebih awal dari tarikh aktiviti mmg membuahkan hasil sbb sambutan dari kwn2 LSFAMILIA mmg terbaik..
ramai yg memberi kerjasama..

So jomla kita layan gmbaq aktiviti LSFAMILIA kali nie...


Wednesday, September 1, 2010

Raja dadah Mexico ditangkap polis

EDGAR VALDEZ VILLARREAL (tengah) dipamerkan kepada media di Ibu Pejabat Polis di Bandar Raya Mexico semalam.

BANDAR RAYA MEXICO - Pihak berkuasa Mexico kelmarin mengumumkan penangkapan salah seorang raja dadah paling dikehendaki, Edgar Valdez Villarreal yang turut dikenali sebagai The Barbie kerana kulitnya yang cantik.

Menurut satu kenyataan Kementerian Keselamatan Awam Mexico, penjenayah kelahiran Amerika Syarikat (AS) itu ditahan pada satu operasi polis di tengah Mexico ekoran maklumat perisikan mula diperoleh sejak Jun 2009.

Valdez yang berusia 37 tahun merupakan orang kanan Arturo Beltran Leyva, ketua kartel dadah dan menjadi orang ketiga paling dikehendaki sebelum kematiannya pada Disember 2009 dalam satu operasi ketenteraan.
Sebagai ketua skuad pembunuh, Valdez dipercayai terlibat dalam rampasan kuasa untuk menggantikan Arturo yang bersaing dengan adiknya, Hector Beltran Leyva.

Jabatan Negara AS telah menawarkan hadiah mencecah AS$2 juta (RM6.29 juta) untuk maklumat yang boleh membawa kepada penangkapannya.

Pihak berkuasa Mexico menawarkan ganjaran sebanyak AS$2.2 juta (RM6.92 juta) untuk tujuan yang sama.
Penangkapan itu melegakan Mexico pimpinan Presiden Felipe Calderon selepas meningkatnya keganasan berkaitan dadah di bahagian timur laut Mexico termasuk pembunuhan 72 orang pendatang pada minggu lalu. - AFP

p/s : Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga..
*sumber kosmo

Monday, August 30, 2010

Gempar!! Majinbu ada anak...


Salam semua..
Pagi td berita tv19 menyiarkan gambar tergempar iaitu anak Majinbu (watak dlm katun dragon ball)..
adakah berita nie betul2 benar atau semua nie hanyalah mitos belaka...??
jom kita tgk gmbar yg diperhebohkan tersebut..


Sunday, August 29, 2010

Bahaya! Lapisan Ais Nipis!


Salam semua...
kali nie jom kita tgk plak pasai kepandaian kebodohan+bangang mamat sorang nie..
org dh bg warning tp dok ketegaq(degil la 2) jgak..
kebodohan mamat nie boleh mendatangkan kemalangan..
(klik pada gmbar utk lebih jelas)

tgh cover line tkut2 ada org nmpak..

Saturday, August 28, 2010

Dapat Ratusan Ribu Kerana YOUTUBE..


LONDON - Satu kaji selidik firma penyelidikan TubeMogul baru-baru ini menyiarkan senarai bintang-bintang YouTube yang menerima pendapatan ratusan ribu dolar selepas video mereka disiarkan di laman itu di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.

Nama-nama bintang YouTube itu tidak pernah dikenali dalam kalangan ramai penduduk di dunia.
Namun, firma TubeMogul mendakwa sekurang-kurangnya 10 orang penghibur di YouTube termasuk penulis dan penerbit dibayar ratusan ribu ringgit pada tahun lalu menerusi pengiklanan yang dibawa masuk daripada jutaan penonton yang menonton video blog mereka.

Telefon Internet Gmail disambut baik


SAN FRANCISCO 27 Ogos - Keupayaan telefon Internet yang ditambah dalam perkhidmatan percuma laman web Google berasaskan emel mendapat sambutan yang sangat menggalakkan semalam, dengan lebih daripada sejuta pemanggil mendaftar masuk dalam tempoh 24 jam selepas dilancarkan.

Menurut jurucakap Google, Randall Sarafa, lebih daripada sejuta panggilan suara dibuat di Gmail hanya dalam tempoh sehari selepas ciri-ciri itu diperkenalkan.

Rabu lalu, Gmail memperkenalkan Voice, satu perkhidmatan telekomunikasi Google yang membolehkan orang ramai menggunakan satu sahaja nombor telefon untuk kesemua telefon mereka.

Pilihan 'panggilan telefon' di laman sembang Gmail membolehkan orang ramai membuat, menapis atau menyambut panggilan Voice di komputer mereka menggunakan Gmail.

Google menyediakan perkhidmatan itu untuk digunakan sesiapa di Amerika Syarikat pada lewat Jun lalu, namun hanya minggu ini ia menggabungkan ciri telefon Internet dengan Gmail.

Di samping membenarkan para pengguna mempunyai satu nombor telefon yang boleh digunakan oleh semua telefon, perkhidmatan itu boleh menukarkan mel suara dan teks mesej ke dalam emel dan membolehkan panggilan bebas tol ke Amerika Syarikat dan Kanada.

Kadar rendah yang ditawarkan Voice untuk panggilan internet akan memberikan cabaran kepada bintang telefoni internet, Skype. - AFP


p/s : dunia semakin canggih.. ^_^
* sumber utusan

Friday, August 27, 2010

Residen Evil : Afterlife..


Salam semua...
kali nie jom kita tgk trailer movie yg akan ditayangkan xlama lg.. (10/09/2010)
movie yg dinanti2kan oleh semua...
hahaha apa lg klau bukan movie Resident Evil : Afterlife...
dlm 3d plak 2...msti cool..
xsabar admin nk p tgk cita nie nnti...

apa2 pun jom kita layan trailer movie yg gempak nie..



Thursday, August 26, 2010

Bantal yg cool...

Salam semua...

Bantal memainkan peranan yg penting dlm kehidupan seharian kita...
tanpa bantal,kita xdpt tido dgn aman dan damai serta selesa...
bantal yg lembut,gebu dpt melancarkan lg proses tido kita...
klau kita tido guna bantal yg keras,tngkuk kita terasa sakit...

So byk pilihan bantal di pasaran sekarang nie...
pilih saja jenis dan jenama...
dari yg murah hingga lah yg termahal...
pastikan kita mampu utk membeli bantal yg berkualiti dan berpatutuan...

Kali nie jom kita tgk gmbar bantal yg cool...
yg pelik2 pun ada...

Wednesday, August 25, 2010

Kesesakan terburuk di negara China hari ke-10

 SEJUMLAH trak berbaris panjang kerana terperangkap dalam kesesakan lebuh raya menuju ke Beijing di Huailai semalam. 


BEIJING - Pemandu-pemandu kenderaan berat di utara China semalam terpaksa menempuh kesesakan jalan raya terburuk untuk hari ke-10 ekoran pembinaan semula jalan yang dijangka siap pada pertengahan bulan depan.

Pengarah Pengurusan Trafik Bandar Raya Zhangjiakou, Zhang Minghai berkata, deretan kenderaan berbaris sepanjang 100 kilometer dan cuma mampu bergerak sejauh satu kilometer sehari yang disifatkan sudah bertambah baik.

Stesen penyiaran China Central Television semalam melaporkan, ada sebilangan pemandu terkandas selama lima hari di lebuh raya Beijing-Zhangjiakou dan Mingchai.

Kesesakan bermula 14 Ogos lalu apabila pemandu terperangkap dari wilayah Inner Mongolia dan Hebei menuju ke Beijing menyebabkan mereka membuang masa dengan tidur, bermain terup dan catur selain bersiar-siar.


Penduduk kampung tempatan mengambil kesempatan dengan menjalankan perniagaan termasuk menjual mi segera, makanan ringan dan tengah hari namun ramai pemandu mengadu harga yang dijual pula terlalu mahal.

Seorang pemandu dikenali sebagai Lu memberitahu stesen radio tempatan, dia terpaksa menghabiskan 50 yuan (RM23) membeli makanan setiap hari yang lebih mahal berbanding harga makanan di sebuah restoran biasa.

Pihak berkuasa cuba melicinkan aliran trafik dengan membenarkan lebih banyak trak memasuki Beijing terutama pada waktu malam selain meminta syarikat kenderaan berat meminda perjalanan atau mengikut laluan lain. - AP

p/s : gila betoi...klau kt Malaysia mcmna no...tmbah2 dekat nk raya nie...
*sumber kosmo

Monday, August 23, 2010

Iran lancar pesawat bom tanpa juruterbang

 GAMBAR yang bertarikh 22 Ogos lalu menunjukkan pesawat pengebom tanpa juruterbang dilancarkan dari sebuah lokasi rahsia di Iran.

TEHERAN - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad semalam merasmikan pesawat pengebom tanpa juruterbang pertama negara itu yang digelar Duta Maut.

Menurut satu laporan sebuah stesen televisyen di negara itu, pesawat yang berukuran empat meter panjang itu mampu mengangkut empat buah peluru berpandu dan mempunyai jarak penerbangan sejauh 1,000 kilometer.
Namun jarak itu masih tidak mencukupi untuk tiba di negara musuh ketat Iran iaitu Israel.

"Pesawat itu juga merupakan Duta Maut untuk musuh-musuh kemanusiaan, membawa satu pesanan keamanan dan persahabatan," kata Mahmoud pada majlis perasmian Industri Pertahanan Iran yang juga hari kemerdekaan negara itu.

"Matlamat pesawat yang diberi nama Karrar itu adalah untuk memastikan musuh pertahanan dilumpuhkan," kata Mahmoud.Menurutnya, pesawat itu dibina untuk pencegahan dan tujuan pertahanan Iran.

Presiden Iran itu turut memperjuangkan program ketenteraan dan menyatakan ia akan diteruskan sehingga musuh hilang harapan untuk menyerang Iran. - AP


 *sumber kosmo

Eksiden di depan mata.....


Salam semua..
kali nie admin nk buat entri tntang kemalangan jalan raya...
huhu baru ja 2 jam td berlaku kemalangan di depan mata admin ...
dok syok pekena teh tarik ngan kwn2,tiba2 mai sebiji moto melanggar lampu isyarat..
time 2 pulak ada keta warna merah dok buat pusingan U (ataupun U-Turn)...
keta merah yg buat U-Turn nie xsalah sbb lampu isyarat utknya mmbuat U-Turn adalah hijau..
sedangkan mamat moto nie memecut laju..


Saturday, August 21, 2010

Made In China...

Salam semua...
admin nk tnya,sapa yg pernah terbeli pakaian/barangan ciplak(tiruan)..
hehe klau yg terbeli 2 mmg malang la...

so apa lg nk tggu lama2...
di bawah nie ada beberapa pakaian/barangan yg ciplak buatan dari negara China...

HUGO BOSS

Friday, August 20, 2010

Pak Lebai & Isteri Curi Laptop...

Salam semua...
jom kita layan video nie...
video tntang pak lebai dan bininya dok tgh syok mengebas laptop kt kedai...
apa nk jd xtau la...

nie videonya...


so apa pendapat hampa??
siap bwk masuk dlm kain lg 2...

p/s : jenis dua org nie buat malu bangsa dan agama ja...(tgh marah nie):banghead:
*kredit to syok.org

Thursday, August 19, 2010

Jangan Gelak!! #3



Jangan Gelak 1 :

MATAHARI
Ada dua orang gila yang sedang berbual di rumah sakit jiwa Tampoi.
Orang gila 1 : ( sambil naik atas meja ) “Kamu tahu tak?”
Orang gila 2 : “Tahu apa?”
Orang gila 1 : “Aku ni matahari (sambil mengangkat tangannya tinggi-tinggi) lihat lah terang dunia ini
disebabkan aku!”
Orang gila 2 : ( dalam hati ) “Jangan-jangan dia ini bertambah gila, aku mesti lapor pada doktor biar dia diperiksa…”
Sambil berlari orang gila 2 tadi pergi ke bilik doktor dan menceritakan apa yang berlaku.
Orang gila 2 : “Doktor, kawan saya itu mungkin bertambah gilanya.”
Doktor : “Kenapa?”
Orang gila 2 : “Benar doktor, dia naik ke atas meja sambil mengangkat tangannya dia cakap dia adalah matahari, dunia ini terang dia yang buat.”
Doktor : “Kalau begitu suruhlah kawan kamu tu turun.”
Orang gila 2 : “Jangan doktor, nanti kalau dia turun gelap dunia ini nanti…”
Doktor : “???”