Thursday, October 27, 2011

Bleach Atau Naruto?


FAIL!

Funny

i-pod terbaru
-
-
-
-

Monday, October 24, 2011

KOSMO pun mau buat lawak jugak!

City bedil United 6-1

BALOTELLI meledak dua gol bagi membantu City membenamkan United 6-1 di Old Trafford.


MANCHESTER - Hasrat Manchester United untuk me rampas kedudukan selaku pendahulu carta Liga Perdana England tidak kesampaian.
Semalam, skuad The Red Devils tewas 1-3 di tangan jiran setempat, Manchester City pada aksi di Old Trafford.
Dua gol City diperoleh menerusi penyerang kontroversi Itali, Mario Balotelli pada minit ke-22 dan 60 sebelum Sergio Aguero meledak gol ketiga sembilan minit kemudian.

Gol saguhati United pula dijaringkan oleh Darren Fletcher pada minit ke-81.
Kemenangan itu sekali gus menyaksikan City terus kekal menerajui takhta liga dengan mengumpul 25 mata, lima mata meninggalkan United di tangga kedua.

Sementara itu, Arsenal berjaya mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Stoke City 3-1 di Emirates, manakala Fulham sekadar seri 1-1 dengan Everton di Craven Cottage.

* APAHAL kosmo??mau backup team Menyu ka..
- dah kena 6-1 p tulis plak 3-1
- arsenal menang 3-1 p tulis 2-1..
APAHAL??

sumber sahih dari KOSMO

UTUSAN buat lawak pagi ini..-FAIL-

Rumah juruterbang TUDM sekali lagi disamun, bakar



Beginilah keadaan rumah Azhar Mohamad yang dibakar sekumpulan penyamun di Taman Tasik Kesuma, Semenyih, semalam.



HULU LANGAT 23 Okt. - Penghujung September lalu, Leftenan Kolonel Azhar Mohamad kerugian kira-kira RM20,000 setelah rumahnya di Bandar Tasik Kesuma, Semenyih di sini disamun dan dibakar oleh sekumpulan penjenayah.

Dan 24 hari kemudian, juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berusia 46 tahun terbabit sekali lagi diuji apabila rumahnya disamun penjenayah dipercayai yang sama dan turut membakar keseluruhan rumahnya mengakibatkan dia kerugian RM500,000.

Kejadian menimpa Pegawai Laksana Pangkalan Udara di Gong Kedak, Jertih, Terengganu itu adalah kes kesembilan berlaku di kawasan Semenyih dan Kajang tahun ini dan ke-16 dalam tempoh dua tahun.
Mujurlah semasa kejadian pada pukul 2 pagi ini, rumah itu kosong kerana Azhar bersama isterinya berada di Terengganu manakala seorang anak mereka bermalam di rumah ibunya dan dua lagi tinggal di asrama.
Menurut Azhar, rumah berkembar dua tingkat yang dibeli pada 2006 itu disamun dan dibakar penjenayah pada 30 September lalu menyebabkan dia kerugian RM20,000 apabila suspek melarikan barang kemas dan perhiasan rumah diperbuat daripada tembaga.

"Suspek masuk melalui belakang dengan mengumpil pintu jeriji bilik tidur di tingkat bawah lalu menggeledah rumah, membakar ruang tamu, bilik tidur utama dan kedua sebelum melarikan barang-barang berharga.
"Dalam proses menguruskan tuntutan insurans bagi kebakaran pertama itu, saya tidak sangka penjenayah sama akan kembali menyamun dan membakar rumah saya pagi ini," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.

Azhar berkata, beliau mengetahui rumahnya sekali lagi terbakar setelah dihubungi jirannya, Kapten (B) Kamarunsaman Awang kira-kira pukul 3 pagi.

Katanya, beliau dan isteri terus mendapatkan penerbangan pertama dari Kota Bharu, Kelantan untuk pulang ke rumah mereka dan amat sedih apabila melihat semua barangan dalam rumah sudah menjadi abu.
Kamarunsaman pula berkata, beliau pada mulanya menyangka bunyi percikan api dari rumah jirannya itu adalah perompak yang ingin memecah masuk ke rumahnya sehinggalah ternampak api menjulang naik melalui tingkat atas.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Semenyih, Datuk Johan Abd. Aziz ketika melawat tempat kejadian memberitahu, beliau akan mengadakan pertemuan dengan penduduk dan polis untuk membincangkan cadangan supaya Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di semua taman perumahan menubuhkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) bagi mengelak kejadian sama berulang.

"Saya difahamkan, kejadian menimpa Azhar adalah kes ke-16 yang berlaku di Kajang dan Semenyih dalam tempoh dua tahun," katanya sambil mengingatkan semua penduduk supaya melahirkan rasa bimbang dengan kejadian tersebut.


 * xpayah nak baca cerita panjang2 kt atas 2..tgk kt gambar dgn keterangan gmbar 2..APAHAL..
sumber 100% UTUSAN

MENYU (Man. Utd.)

Apa hal budak2 menyu nak emo..arsenal kena lg terok kot..hahaha

Cucoq!

Sunday, October 23, 2011

Utamakan Keselamatan

sapa berani curi??

Fail!

cuba cari apa yg fail dlm gmbar di atas?

Realiti Seorang Kaki Game


ingat senang ka nk menang game minesweeper..hahahaha

Sunday, October 16, 2011

Tuesday, October 11, 2011

Seorang Pakcik Di KFC


Kisah pak cik di KFC

Lokasi : KFC di Kedah.

cashier : makan sini ka bawa balik?

pakcik : makan kat sana.(tunjuk meja)..patot ramai..pakat duk makan kat sini..



Wednesday, October 5, 2011

Basikal 2 Dalam 1


Produk-Produk Apple Untuk Seisi Keluarga

Piramid Makanan..



Malaysia mempunyai rekod di mana rakyatnya ramai yg menghidapi obesiti akibat kaedah pemakanan yg tidak seimbang..
Jangan asyik makan tidoq makan tidoq ja..
Bersenam pun kena jugak..

Tips utk amalkan pemakanan yang seimbang.. :

  1. Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk / penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.
  2. Kurangkan makan makanan bergoreng, berlemak dan berkolestrol.
  3. Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.
  4. Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.
  5. Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.
  6. Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan.
  7. Cubalah berpuasa sekali seminggu utk merehatkan badan,perut dan minda.
 p/s : selamat mencuba!