Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Monday, October 24, 2011

MENYU (Man. Utd.)

Apa hal budak2 menyu nak emo..arsenal kena lg terok kot..hahaha

Cucoq!

Thursday, December 30, 2010

Juara!!!


TAHNIAH pasukan Malaysia kerana berjaya merangkul kejuaraan Piala Suzuki AFF buat julung kalinya dengan menewaskan pasukan Indonesia dengan agregat 4-2...

Saturday, October 30, 2010

Kelantan Juara Piala Malaysia 2010..




Final Piala Malaysia 2010
KELANTAN VS NEGERI SEMBILAN
Kelantan menang 2 -1



Pasukan Kelantan menjulang Piala Malaysia buat kali pertama...
Tahniah...

Wednesday, October 20, 2010

Kedah VS Kelantan...

Salam semua..
Jom p layan bolasepak tempatan...
Separuh akhir Piala Malaysia 2010..
Kedah VS Kelantan mlm nie pkui 8.45mlm di Stadium Darulaman...
Mari kita gegarkan stadium mlm nie...
Pulun Kedah Pulun!!!!


p/s : biar jasa jadi kenangan..

*update : keputusan seri 0-0

Monday, July 12, 2010

SPAIN JUARA DUNIA 2010!!

 


Salam buat semua...
tahniah buat Spain...
mmg satu perlawanan yg penuh mendebar dan kontroversi...
Andres Iniesta menjadi wira buat Spain...
jaringannya pada minit 116 telah cukup utk Spain manjadi juara dunia pada edisi kali nie...


Sunday, July 11, 2010

The FINAL!!!

 
yeah!!..
akhirnya setelah bersengkang mata selama sebulan...
mlm nie akan mnjadi penentuan di antara Spain dgn Holland (Belanda)..

sapa bakal menjulang piala yg terulung di dunia tersebut???
sama2 kita saksikan perlawanan yg hebat di muka bumi ini mlm nanti...

p/s : sotong (paul) ramal spain menang...tp atan ramal belanda menang..

Keputusan Tempat Ke-3 Piala Dunia 2010

semalam baru saja berlangsung perlawanan tempat ke-3 dan ke-4 diantara Jerman dgn Uruguay...
permainan smlam mmg menghiburkan sbb prsembahan yg ditunjukkan oleh kedua2 pasukan amat mengagumkan..
so kt sini atan nk update keputusan perlawanan semalam...
jom kita tgk...

(klik pada gmbar utk lebih jelas)


p/s : perlawanan semalam mmg mnghiburkan..

Thursday, July 8, 2010

Keputusan Separuh Akhir Piala Dunia 2010

Tahniah buat pasukan holland dan spain kerana layak ke final..
jom kita layan keputusan separuh akhir piala dunia 2010 kali nie..

(klik pada gmbar utk lebih jelas)



p/s : seperti yg atan jangka spain akan bertemu holland di final...:thumbsup:

Layan SPAIN VS GERMANY...

hohoho...
tahniah buat pasukan belanda sbb menang semalam keatas pasukan uruguay (3-2)..
mlm nie admin layan spain ngan germany plak ngan kwn2 admin kt kdai macha...
hahaha pasukan mana yg akan menang mlm nie?..
xsabar nk tgk aksi2 hebat mlm nie...

Tuesday, July 6, 2010

Brazil Pecat Dunga

JODOH Dunga bersama Brazil telah berakhir selepas pasukan gergasi Amerika Latin itu tewas pada suku akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

SAO PAULO - Jurulatih Brazil, Dunga dan barisan kejurulatihannya akhirnya telah dipecat secara rasmi selepas kegagalan pasukan itu pada peringkat suku akhir Piala Dunia 2010 Jumaat lalu.

Persekutuan Bola Sepak Brazil (CBF) dalam satu kenyataan semalam mengesahkan tindakan pemecatan tersebut.

"Dengan penutup kepada kitaran kerja bermula Ogos 2006 diakhiri dengan kegagalan skuad Brazil pada Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, CBF mengumumkan pemecatan kesemua pegawai teknikal dalam skuad kebangsaan Brazil," menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, Dunga, 46, telah pun menyatakan kesediaan untuk berundur selepas Brazil tewas 1-2 kepada Belanda pada aksi suku akhir Jumaat lalu setelah empat tahun memegang jawatan itu.

Bekas kapten Brazil itu mengganti- kan Carlos Alberto Parreira sebagai jurulatih Brazil pada Julai 2006, sejurus tamat Piala Dunia di Jerman.

Dunga yang dahulunya merupakan seorang pemain tengah yang cukup kental, menjadi kapten ketika Brazil menjulang trofi Piala Dunia 1994 sebelum muncul naib juara empat tahun kemudian.

Biarpun tanpa pengalaman melatih mana-mana pasukan sebelum ini, karier Dunga sebagai jurulatih Brazil berjaya membawa pasukan itu muncul juara Copa Amerika 2007, juara Piala Konfederasi 2009 serta muncul pasukan tangga teratas Kelayakan Piala Dunia Zon Amerika Selatan.

Menurut kenyataan CBF itu lagi, jurulatih baru Brazil akan diumumkan pada penghujung bulan ini.

Lima calon yang disebut-sebut bakal mengisi kekosongan tersebut ialah Luiz Felipe Scolari, Mano Menezes, Muricy Ramalho, Ricardo Gomes dan Leonardo. - Reuters

* sumber kosmo

Monday, July 5, 2010

'10' gagal di bumi Afrika


PARIS – Biasanya jersi No. 10 sentiasa membawa tuah dan menjulang nama si pemakainya. Tetapi malangnya ia tidak berlaku pada Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Keajaiban Piala Dunia 2010

 Maradona tidak dapat menahan kekecewaan selepas gagal membawa Argentina mara ke separuh akhir.

JOHANNESBURG – Keajaiban, kejutan serta keputusan di luar jangkaan terus berlaku di bumi Afrika Selatan.

Ramalan penggiat, pengikut serta pemimpin sukan di serata dunia terhadap Piala Dunia 2010 semuanya meleset.Sejak daripada aksi pembukaan 11 Jun lalu, sudah terlalu banyak keajaiban berlaku sehinggalah ke pusingan suku akhir.


Belanda pilihan mara ke final

DE JONG tidak dapat beraksi menentang Uruguay kerana digantung satu perlawanan.

CAPE TOWN - Skuad Belanda turun beraksi pada peringkat separuh akhir awal pagi Rabu ini dengan memegang status sebagai pasukan pilihan untuk melepasi Uruguay.

Sunday, July 4, 2010

Keputusan Suku Akhir Piala Dunia 2010

hahaha mmg piala dunia 2010 kali nie penuh dengan kejutan...
jom kita tgk keputusan peringkat suku akhir...

(klik pada gmbar utk lebih jelas)



p/s : pasukan kuat seperti brazil dan argentina pun dah ditunjukkan jalan keluar...

Friday, July 2, 2010

Piala Dunia Suku Akhir..

Piala Dunia 2010 dah memasuki peringkat suku akhir...
hohoho..
perlawananakan bermula malam nie...
kt sini admin letakkan jadual utk peringkat suku akhir...

Keputusan Pusingan ke-2 Piala Dunia 2010

(klik pada gmbar utk lebih jelas)


p/s : pasukan asia pun dah tersingkir awal...huhuhuhu :((

Wednesday, June 30, 2010

Software world cup 2010..

Salam to all....semalam admin dok godek2 tenet terjumpa plak software yg best nie...
software utk tgk keputusan piala dunia 2010 kali nie...
nie link software 2...

http://www.softpedia.com/get/Others/Miscellaneous/South-Africa-2010.shtml

hoho mmg sempoi la...

kali nie admin letak dulu keputusan peringkat kumpulan...

Saturday, June 26, 2010

Piala Dunia 2010...

Piala Dunia 2010 dah msuk pusingan ke-2 yakni pusingan kalah mati..


(klik pada gmbar utk lebih jelas)



p/s : hohoho byk kejutan pada edisi piala dunia kali nie....

Wednesday, June 23, 2010

Les Bleus terkena sumpahan?

 Hampa... Wajah kecewa pemain Perancis (dari kiri) Thierry Henry yang bersalam dengan Florent Malouda ketika keluar padang setelah kalah 1-2 kepada Afrika Selatan di Stadium Bloemfontein semalam, sekaligus gagal ke pusingan kedua. – AP

BLOEMFONTEIN – Mungkinkah Les Bleus terkena sumpahan? Ini ekoran penyertaan mereka pada Piala Dunia 2010 penuh kontroversi. Perancis layak ke Afrika Selatan hasil jaringan setelah bola terkena tangan Thierry Henry ketika aksi playoff menentang Republik Ireland. Apa yang pasti, Perancis mengulangi peristiwa hitam Piala Dunia 2002, gagal ke pusingan kedua apabila kalah 1-2 kepada Afrika Selatan, semalam.
Namun, jurulatihnya Raymond Domenech tetap berbangga dengan persembahan anak buahnya, walaupun skuad itu berdepan pelbagai masalah sebelum perlawanan.


Friday, June 11, 2010

GELAGAT PIALA DUNIA...

demam piala dunia sudah bermula!!!

SEBUAH kereta dipenuhi bendera kecil 32 negara yang mengambil bahagian pada Piala Dunia 2010, sedang menyusuri sebatang jalan raya di Johannesburg, kelmarin. – AFP

Seorang pemandu di Johannesburg begitu teruja dengan Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia telah bertindak menghias keretanya dengan bendera kesemua 32 negara yang menyertai temasya sukan bola sepak paling berprestij itu.
Pelbagai cara ditunjukkan oleh peminat sukan bola sepak di seluruh dunia sempena temasya sukan berprestij ini. Mereka bukan sahaja ghairah untuk menyaksikan aksi bintang-bintang pujaan mereka malah menunjukkan sokongan mereka dengan menghiasi rumah, kereta, meja kerja, paparan telefon dan pelbagai lagi dengan gambar bintang-bintang bola sepak pujaan mereka dan bendera pasukan pilihan masing-masing.

p/s : mcm2 gelagat ada....B-)
* sumber kosmo