Monday, August 30, 2010

Gempar!! Majinbu ada anak...


Salam semua..
Pagi td berita tv19 menyiarkan gambar tergempar iaitu anak Majinbu (watak dlm katun dragon ball)..
adakah berita nie betul2 benar atau semua nie hanyalah mitos belaka...??
jom kita tgk gmbar yg diperhebohkan tersebut..


Sunday, August 29, 2010

Bahaya! Lapisan Ais Nipis!


Salam semua...
kali nie jom kita tgk plak pasai kepandaian kebodohan+bangang mamat sorang nie..
org dh bg warning tp dok ketegaq(degil la 2) jgak..
kebodohan mamat nie boleh mendatangkan kemalangan..
(klik pada gmbar utk lebih jelas)

tgh cover line tkut2 ada org nmpak..

Saturday, August 28, 2010

Dapat Ratusan Ribu Kerana YOUTUBE..


LONDON - Satu kaji selidik firma penyelidikan TubeMogul baru-baru ini menyiarkan senarai bintang-bintang YouTube yang menerima pendapatan ratusan ribu dolar selepas video mereka disiarkan di laman itu di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.

Nama-nama bintang YouTube itu tidak pernah dikenali dalam kalangan ramai penduduk di dunia.
Namun, firma TubeMogul mendakwa sekurang-kurangnya 10 orang penghibur di YouTube termasuk penulis dan penerbit dibayar ratusan ribu ringgit pada tahun lalu menerusi pengiklanan yang dibawa masuk daripada jutaan penonton yang menonton video blog mereka.

Telefon Internet Gmail disambut baik


SAN FRANCISCO 27 Ogos - Keupayaan telefon Internet yang ditambah dalam perkhidmatan percuma laman web Google berasaskan emel mendapat sambutan yang sangat menggalakkan semalam, dengan lebih daripada sejuta pemanggil mendaftar masuk dalam tempoh 24 jam selepas dilancarkan.

Menurut jurucakap Google, Randall Sarafa, lebih daripada sejuta panggilan suara dibuat di Gmail hanya dalam tempoh sehari selepas ciri-ciri itu diperkenalkan.

Rabu lalu, Gmail memperkenalkan Voice, satu perkhidmatan telekomunikasi Google yang membolehkan orang ramai menggunakan satu sahaja nombor telefon untuk kesemua telefon mereka.

Pilihan 'panggilan telefon' di laman sembang Gmail membolehkan orang ramai membuat, menapis atau menyambut panggilan Voice di komputer mereka menggunakan Gmail.

Google menyediakan perkhidmatan itu untuk digunakan sesiapa di Amerika Syarikat pada lewat Jun lalu, namun hanya minggu ini ia menggabungkan ciri telefon Internet dengan Gmail.

Di samping membenarkan para pengguna mempunyai satu nombor telefon yang boleh digunakan oleh semua telefon, perkhidmatan itu boleh menukarkan mel suara dan teks mesej ke dalam emel dan membolehkan panggilan bebas tol ke Amerika Syarikat dan Kanada.

Kadar rendah yang ditawarkan Voice untuk panggilan internet akan memberikan cabaran kepada bintang telefoni internet, Skype. - AFP


p/s : dunia semakin canggih.. ^_^
* sumber utusan

Friday, August 27, 2010

Residen Evil : Afterlife..


Salam semua...
kali nie jom kita tgk trailer movie yg akan ditayangkan xlama lg.. (10/09/2010)
movie yg dinanti2kan oleh semua...
hahaha apa lg klau bukan movie Resident Evil : Afterlife...
dlm 3d plak 2...msti cool..
xsabar admin nk p tgk cita nie nnti...

apa2 pun jom kita layan trailer movie yg gempak nie..

video


Thursday, August 26, 2010

Bantal yg cool...

Salam semua...

Bantal memainkan peranan yg penting dlm kehidupan seharian kita...
tanpa bantal,kita xdpt tido dgn aman dan damai serta selesa...
bantal yg lembut,gebu dpt melancarkan lg proses tido kita...
klau kita tido guna bantal yg keras,tngkuk kita terasa sakit...

So byk pilihan bantal di pasaran sekarang nie...
pilih saja jenis dan jenama...
dari yg murah hingga lah yg termahal...
pastikan kita mampu utk membeli bantal yg berkualiti dan berpatutuan...

Kali nie jom kita tgk gmbar bantal yg cool...
yg pelik2 pun ada...

Wednesday, August 25, 2010

Kesesakan terburuk di negara China hari ke-10

 SEJUMLAH trak berbaris panjang kerana terperangkap dalam kesesakan lebuh raya menuju ke Beijing di Huailai semalam. 


BEIJING - Pemandu-pemandu kenderaan berat di utara China semalam terpaksa menempuh kesesakan jalan raya terburuk untuk hari ke-10 ekoran pembinaan semula jalan yang dijangka siap pada pertengahan bulan depan.

Pengarah Pengurusan Trafik Bandar Raya Zhangjiakou, Zhang Minghai berkata, deretan kenderaan berbaris sepanjang 100 kilometer dan cuma mampu bergerak sejauh satu kilometer sehari yang disifatkan sudah bertambah baik.

Stesen penyiaran China Central Television semalam melaporkan, ada sebilangan pemandu terkandas selama lima hari di lebuh raya Beijing-Zhangjiakou dan Mingchai.

Kesesakan bermula 14 Ogos lalu apabila pemandu terperangkap dari wilayah Inner Mongolia dan Hebei menuju ke Beijing menyebabkan mereka membuang masa dengan tidur, bermain terup dan catur selain bersiar-siar.


Penduduk kampung tempatan mengambil kesempatan dengan menjalankan perniagaan termasuk menjual mi segera, makanan ringan dan tengah hari namun ramai pemandu mengadu harga yang dijual pula terlalu mahal.

Seorang pemandu dikenali sebagai Lu memberitahu stesen radio tempatan, dia terpaksa menghabiskan 50 yuan (RM23) membeli makanan setiap hari yang lebih mahal berbanding harga makanan di sebuah restoran biasa.

Pihak berkuasa cuba melicinkan aliran trafik dengan membenarkan lebih banyak trak memasuki Beijing terutama pada waktu malam selain meminta syarikat kenderaan berat meminda perjalanan atau mengikut laluan lain. - AP

p/s : gila betoi...klau kt Malaysia mcmna no...tmbah2 dekat nk raya nie...
*sumber kosmo

Monday, August 23, 2010

Iran lancar pesawat bom tanpa juruterbang

 GAMBAR yang bertarikh 22 Ogos lalu menunjukkan pesawat pengebom tanpa juruterbang dilancarkan dari sebuah lokasi rahsia di Iran.

TEHERAN - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad semalam merasmikan pesawat pengebom tanpa juruterbang pertama negara itu yang digelar Duta Maut.

Menurut satu laporan sebuah stesen televisyen di negara itu, pesawat yang berukuran empat meter panjang itu mampu mengangkut empat buah peluru berpandu dan mempunyai jarak penerbangan sejauh 1,000 kilometer.
Namun jarak itu masih tidak mencukupi untuk tiba di negara musuh ketat Iran iaitu Israel.

"Pesawat itu juga merupakan Duta Maut untuk musuh-musuh kemanusiaan, membawa satu pesanan keamanan dan persahabatan," kata Mahmoud pada majlis perasmian Industri Pertahanan Iran yang juga hari kemerdekaan negara itu.

"Matlamat pesawat yang diberi nama Karrar itu adalah untuk memastikan musuh pertahanan dilumpuhkan," kata Mahmoud.Menurutnya, pesawat itu dibina untuk pencegahan dan tujuan pertahanan Iran.

Presiden Iran itu turut memperjuangkan program ketenteraan dan menyatakan ia akan diteruskan sehingga musuh hilang harapan untuk menyerang Iran. - AP


 *sumber kosmo

Eksiden di depan mata.....


Salam semua..
kali nie admin nk buat entri tntang kemalangan jalan raya...
huhu baru ja 2 jam td berlaku kemalangan di depan mata admin ...
dok syok pekena teh tarik ngan kwn2,tiba2 mai sebiji moto melanggar lampu isyarat..
time 2 pulak ada keta warna merah dok buat pusingan U (ataupun U-Turn)...
keta merah yg buat U-Turn nie xsalah sbb lampu isyarat utknya mmbuat U-Turn adalah hijau..
sedangkan mamat moto nie memecut laju..


Saturday, August 21, 2010

Made In China...

Salam semua...
admin nk tnya,sapa yg pernah terbeli pakaian/barangan ciplak(tiruan)..
hehe klau yg terbeli 2 mmg malang la...

so apa lg nk tggu lama2...
di bawah nie ada beberapa pakaian/barangan yg ciplak buatan dari negara China...

HUGO BOSS

Friday, August 20, 2010

Pak Lebai & Isteri Curi Laptop...

Salam semua...
jom kita layan video nie...
video tntang pak lebai dan bininya dok tgh syok mengebas laptop kt kedai...
apa nk jd xtau la...

nie videonya...

video

so apa pendapat hampa??
siap bwk masuk dlm kain lg 2...

p/s : jenis dua org nie buat malu bangsa dan agama ja...(tgh marah nie):banghead:
*kredit to syok.org

Thursday, August 19, 2010

Jangan Gelak!! #3



Jangan Gelak 1 :

MATAHARI
Ada dua orang gila yang sedang berbual di rumah sakit jiwa Tampoi.
Orang gila 1 : ( sambil naik atas meja ) “Kamu tahu tak?”
Orang gila 2 : “Tahu apa?”
Orang gila 1 : “Aku ni matahari (sambil mengangkat tangannya tinggi-tinggi) lihat lah terang dunia ini
disebabkan aku!”
Orang gila 2 : ( dalam hati ) “Jangan-jangan dia ini bertambah gila, aku mesti lapor pada doktor biar dia diperiksa…”
Sambil berlari orang gila 2 tadi pergi ke bilik doktor dan menceritakan apa yang berlaku.
Orang gila 2 : “Doktor, kawan saya itu mungkin bertambah gilanya.”
Doktor : “Kenapa?”
Orang gila 2 : “Benar doktor, dia naik ke atas meja sambil mengangkat tangannya dia cakap dia adalah matahari, dunia ini terang dia yang buat.”
Doktor : “Kalau begitu suruhlah kawan kamu tu turun.”
Orang gila 2 : “Jangan doktor, nanti kalau dia turun gelap dunia ini nanti…”
Doktor : “???”

Wednesday, August 18, 2010

Polis Kejar Penjahat.....

Salam semua...
kali nie admin nk post video lawak...
aksi kejar mengejar antara polis dan penjenayah...
jom sama2 kita layan....





hehe mmg lawak la...keta 2 pecut mcm dalam kartun ja..
polis kena buli mcm 2 ja...
puas kejar baru dpt..

p/s : klau kt Malaysia mcmna??? /:)

*sumber barnorama

Monday, August 16, 2010

JOm Tiru Mimik Muka...

Salam semua...
sapa dah mkan nasi tngtahari td??
sah mmg xposa...
hahahahaha

jom kita tiru mimik muka mcm mereka nie...

(klik pada gmbar utk lebih jelas)

Sunday, August 15, 2010

Jangan Tengok Dlm Lubang Ini...

Jom kita layan video nie plak...
mmg mnghiburkan hati...
jgn gelak kuat2 tau,nnti kurang pahala posa... ^__^

video

hehe mmg lawak la...
tp lawak mcmnie mmg xleh diterima lg di Malaysia...

p/s : org dh kata jgn tgk,tp gatai jgak nk tgk..kan dh kena...:P

Bahaya Rokok...

Salam semua...
jom kita layan video eksperimen tntang bahayanya merokok dan kesannya...

video


sama2 kita renungkan.... ^__^

Masjid Bakal Dibina Dekat Tapak WTC?

SEORANG lelaki membersihkan tapak cadangan masjid yang akan dibina dekat WTC di New York.

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama kelmarin menyatakan sokongan terhadap projek pembinaan sebuah masjid berhampiran tapak menara berkembar World Trade Center (WTC) di New York yang runtuh diserang pengganas pada 11 September 2001 lalu.

Ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama 100 pemimpin masyarakat Islam AS dan duta-duta negara Islam di White House, beliau berkata, umat Islam mempunyai hak yang sama bagi beribadat seperti juga warga AS yang lain.

"Sebagai seorang warganegara, sebagai seorang presiden, saya percaya umat Muslim ada hak serupa untuk menjalani hidup keagamaan mereka, sama seperti rakyat AS lainnya," katanya menyokong usaha pembinaan masjid bernilai AS$100 juta (RM317 juta) kira-kira dua blok dari WTC.

Rancangan kontroversi pembinaan pusat Islam yang dikenali sebagai Park51 setinggi 13 tingkat di bawah pelan Inisiatif Cordoba itu diluluskan Suruhanjaya Perancangan Bandar Raya New York pada 3 Ogos dan disokong Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg untuk disiapkan dalam masa 48 bulan.

"Ucapan Obama adalah tepat kerana Islam itu sendiri ialah agama perdamaian dan keadilan," kata Presiden Majlis Perhubungan Islam AS cawangan New York, Zead Ramadan. - Agensi

p/s : harap2 masjid nie siap dibina tanpa sebarang masalah..:thumbsup:

*sumber kosmo

Friday, August 13, 2010

The Mummy Return Home??

Salam semua...
jom kita layan kisah seram + menyeramkan nie..(seram ka??):eek:


"Di Kg Toradja (Indonesia) terdapat satu ilmu yg luar biasa dimana
mereka boleh menjadikan mayat berjalan pulang ke rumah sendiri.
kejadian berlaku disebuah daerah pendalaman Indonesia yg berbukit
bukau. Jika ada kematian di kg Toradja maka mayat itu akan
diberi kuasa hipnotis supaya simati boleh pulang berjalan kaki
dan hanya berhenti bila sampai dirumahnya. kuasa ini dibuat supaya
tidak menyusahkan orang kg dari mengurus mayat tersebut "

betoi ka nie...??
jom kita tgk pic nie...

Wednesday, August 11, 2010

Selamat Berpuasa!!!


Ramadan tiba lg...
admin ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadan puasa...
harap2 Ramadan kali nie dpt mendekatkan diri ini dgn yg Maha ESA lg...
amin....



p/s : Posa jgn xposa tau.. ^__^

Wednesday, August 4, 2010

Fakta Menarik Tentang Haiwan



1) Tahukah anda, semut tidak pernah tidur dan ia akan bersenam merenggangkan badannya setiap pagi.

2) Jerung boleh hidup sehingga 100 tahun.


Tuesday, August 3, 2010

15 Tips Pengurusan Stress



1.SOKONGAN
Dapatkan sokongan dari keluarga, pasangan atau rakan2 yang memahami dan sedia mendengar agar dapat mengurangkan tekanan.