Thursday, May 27, 2010

Paku tertusuk di kepala kucing..


KEPALA seekor kucing ditusuk paku (bulatan) di Bandar Sioux, Amerika Syarikat.GAMBAR KECIL X-ray menunjukkan paku yang tertusuk kepala seekor kucing

BANDAR SIOUX, Amerika Syarikat (AS) - Seekor kucing masih hidup walaupun kepalanya ditusuk dengan paku di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Kucing yang tertusuk paku di kepalanya itu merayau-rayau semasa ia ditemui oleh anggota-anggota sebuah agensi kawalan haiwan selepas mereka mendapat maklumat mengenainya baru-baru ini.

"Saya tidak pernah melihat situasi itu seperti ini terutamanya apabila kucing tersebut masih hidup," kata seorang anggota sebuah agensi kawalan haiwan, Cindy Rarrat.

Dia berkata, paku itu mungkin ditembak dengan pistol paku oleh seorang individu.

Namun, seorang doktor berjaya menarik keluar paku sepanjang 7.62 sentimeter itu di sebuah klinik haiwan pada Jumaat lalu.

Pemilik kucing itu sedang dicari.

p/s : org kata nyawa kucing ada 9...betoi ka..
kredit to syok.org

No comments:

Post a Comment