Tuesday, October 12, 2010

20 Cara Menjadikan Roomate Anda Gila!!


1. Setiap hari Khamis/Jumaat, pack segala barang hampa dan habaq kat roommate hampa nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & habaq kt dia kata takdak org kat rumah. Unpack segala brg hampa pastu p tidoq.

2. Setiap kali roommate hampa balik, jerit sekuat hati” horee…hang dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya hang dah blah dah la nie”

mari teruskan membaca cara2 nk bg roomate hampa gila....

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku dok ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidoq. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tau apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan hampa. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”

5. Beli pokok bonsai. Bercakap & tidoq dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkaq dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan hang lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate hampa sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Celaka betoi, kalah lagi”

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidoq. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, hang rupanya…”

10. Kata kat roommate hampa “Ada pesanan penting untuk hang”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yg hampa dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate hampa balik, berpura2 cakap telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw hampa kena ajaq dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate hampa hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate hampa.

14. Bila roommate hampa tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & ushar roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang,koci & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tersebut. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd hampa.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate hampa sambil berkata “Rambut hang hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidoq.

19. Mase roommate tidoq, bungkus dia macam kapan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 baca yasin ramai2. bile roomate jaga pakat2 buat x nmpk apa2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kapan (siap ikat jugak) pastu p tidoq senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkejut beruk sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.

p/s hohohoho just for kidding...:thumbsup:

1 comment:

  1. klau aku tau tips ni, dh lama aku wat kt hang.. hahaha

    ReplyDelete