SEJUMLAH trak berbaris panjang kerana terperangkap dalam kesesakan lebuh raya menuju ke Beijing di Huailai semalam.
BEIJING - Pemandu-pemandu kenderaan berat di utara China semalam terpaksa menempuh kesesakan jalan raya terburuk untuk hari ke-10 ekoran pembinaan semula jalan yang dijangka siap pada pertengahan bulan depan.
Pengarah Pengurusan Trafik Bandar Raya Zhangjiakou, Zhang Minghai berkata, deretan kenderaan berbaris sepanjang 100 kilometer dan cuma mampu bergerak sejauh satu kilometer sehari yang disifatkan sudah bertambah baik.
Stesen penyiaran China Central Television semalam melaporkan, ada sebilangan pemandu terkandas selama lima hari di lebuh raya Beijing-Zhangjiakou dan Mingchai.
Kesesakan bermula 14 Ogos lalu apabila pemandu terperangkap dari wilayah Inner Mongolia dan Hebei menuju ke Beijing menyebabkan mereka membuang masa dengan tidur, bermain terup dan catur selain bersiar-siar.
Penduduk kampung tempatan mengambil kesempatan dengan menjalankan perniagaan termasuk menjual mi segera, makanan ringan dan tengah hari namun ramai pemandu mengadu harga yang dijual pula terlalu mahal.
Seorang pemandu dikenali sebagai Lu memberitahu stesen radio tempatan, dia terpaksa menghabiskan 50 yuan (RM23) membeli makanan setiap hari yang lebih mahal berbanding harga makanan di sebuah restoran biasa.
Pihak berkuasa cuba melicinkan aliran trafik dengan membenarkan lebih banyak trak memasuki Beijing terutama pada waktu malam selain meminta syarikat kenderaan berat meminda perjalanan atau mengikut laluan lain. - AP
p/s : gila betoi...klau kt Malaysia mcmna no...tmbah2 dekat nk raya nie...
*sumber kosmo
No comments:
Post a Comment