Saturday, August 28, 2010

Telefon Internet Gmail disambut baik


SAN FRANCISCO 27 Ogos - Keupayaan telefon Internet yang ditambah dalam perkhidmatan percuma laman web Google berasaskan emel mendapat sambutan yang sangat menggalakkan semalam, dengan lebih daripada sejuta pemanggil mendaftar masuk dalam tempoh 24 jam selepas dilancarkan.

Menurut jurucakap Google, Randall Sarafa, lebih daripada sejuta panggilan suara dibuat di Gmail hanya dalam tempoh sehari selepas ciri-ciri itu diperkenalkan.

Rabu lalu, Gmail memperkenalkan Voice, satu perkhidmatan telekomunikasi Google yang membolehkan orang ramai menggunakan satu sahaja nombor telefon untuk kesemua telefon mereka.

Pilihan 'panggilan telefon' di laman sembang Gmail membolehkan orang ramai membuat, menapis atau menyambut panggilan Voice di komputer mereka menggunakan Gmail.

Google menyediakan perkhidmatan itu untuk digunakan sesiapa di Amerika Syarikat pada lewat Jun lalu, namun hanya minggu ini ia menggabungkan ciri telefon Internet dengan Gmail.

Di samping membenarkan para pengguna mempunyai satu nombor telefon yang boleh digunakan oleh semua telefon, perkhidmatan itu boleh menukarkan mel suara dan teks mesej ke dalam emel dan membolehkan panggilan bebas tol ke Amerika Syarikat dan Kanada.

Kadar rendah yang ditawarkan Voice untuk panggilan internet akan memberikan cabaran kepada bintang telefoni internet, Skype. - AFP


p/s : dunia semakin canggih.. ^_^
* sumber utusan

No comments:

Post a Comment