Monday, May 16, 2011

Tabiat Yang Menyebabkan Sakit Kepala

Anda sakit kepala? Sakit kepala memang tidak selesa. Entah dari manalah datangnya tetapi jika anda meneliti tabiat anda,ada beberapa faktor yang menyebabkan anda sakit kepala,antaranya :

  • Kopi – sekiranya anda sakit kepala pada waktu pagi setelah tidur lewat malam, ia mungkin menandakan penarikan kafein.
  • Komputer – berhenti setiap 20 minit untuk meregangkan leher dan belakang anda.
  • Silau – keletihan mata boleh buat anda sakit kepala. Elak keletihan mata dengan meletakkan lapisan anti-reflektif pada cermin mata dan anti-silau pada monitor anda.
  • Makan dan minum – jarak yang panjang antara masa makan boleh menyebabkan sakit kepala. Juga pastikan anda minum air secukupnya.
  • Relaks – sakit kepala cenderung menjadi teruk dalam usia 30an dan 40an anda. Ini mungkin kerana stres, tekanan dan ini adalah masa yang sibuk dalam kehidupan.
  • Ubat – sesetengah sakit kepala adalah kesan sampingan pengambilan ubat tertentu. Jangan berhenti makan ubat yang dinasihatkan oleh doctor tetapi anda sentiasa boleh bertanya andai ada pilihan lain.
p/s : kurangkan minum kopi,banyakkan minum air masak..
* sumber e-kesihatan

No comments:

Post a Comment