Monday, September 26, 2011

10 Haiwan Terkuat


Hampa rasa hampa dh cukup kuat mcm haiwan2 di bawah nie?

Tengok Dulu...

 HARIMAU
Bukan kuat harimau no..Haiwan ini boleh mengangkut sesuatu benda 2 kali berat badannya sambil melompat halangan setinggi 10 kaki. Beratnya mencapai 600 pound dan mampu membawa benda seberat 1200 pound.

 KEPAH
Haiwan ini boleh menahan benda seberat 2 kali badannya. Cengkerangnya sangat kuat dibandingkan ukuran tubuhnya.

 ANACONDA 
Haiwan ini boleh mencekik haiwan yang sama dengan berat tubuhnya sampai mati. Berat tubuhnya boleh mencapai sehingga 550 pound.


 HELANG 
Helang adalah burung terkuat. Mereka mampu mengangkat benda 4 kali berat badannya sambil terbang.


 GAJAH 
Haiwan ini adalah haiwan mamalia terkuat. Berat badannya boleh mencapai 12 000 pound dan boleh mengangkat benda seberat 20 000 pound, sama dengan 130 orang dewasa.


 GORILLA 
Haiwan ini mampu mengangkat benda 10 kali berat badannya. Beratnya sekitar 450 pound dan mampu mengangkat benda seberat 4600 pound, atau sama dengan 30 orang dewasa.


BERUANG
Beruang ini adalah haiwan dikawasan pergunungan yang terkuat, boleh mengangkat 0.8 kali berat badannya. Berat badan mereka adalah sekitar 1500 pound dan mampu mengangkat benda seberat 1200 pound.


 KERENGGA 
Semut ini boleh mengangkat benda 50 kali berat badannya, sama seperti seorang yang sanggup mengangkat trak.(anda sanggup ka nak angkat trak?)


 GNU
Haiwan ini mampu menarik dan membawa benda 1.5 kali berat badan mereka. Berat badannya mencapai 1300 pound dan boleh menarik dan membawa benda seberat 2000 pound.


KUMBANG BADAK
King Of The King..Haiwan ini bukan sahaja serangga terkuat, malah juga merupakan haiwan terkuat di dunia kalau dibandingkan dengan ukuran tubuhnya. Mereka mampu mengangkat benda seberat 850 kali berat badannya.


p/s : mmg hebat!
*sember GEMPAK

No comments:

Post a Comment