Thursday, September 8, 2011

Cukai Prabayar Telefon Naik 6%..


Cukai bil prabayar telefon bimbit naik 6 peratus
  • KUALA LUMPUR: Syarikat telekomunikasi mengaut keuntungan berbilion ringgit setahun,  tetapi cukai perkhidmatan bagi  tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi dinaikkan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 September ini.
  • Ia bermaksud, seorang pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60,  dengan 60 sen sebagai cukai perkhidmatan.
  • Pada masa yang sama, peneraju penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia, MAXIS Berhad (Maxis) merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM1.498 bilion untuk tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2011.
  • Ia meningkat berbanding RM1.485 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.
  • Menurut laporan Bernama, pelanggan prabayar dimaklumkan melalui SMS bermula tengah hari ini mengenai cukai perkhidmatan itu, berdasar kenyataan bersama yang dikeluarkan  syarikat telekomunikasi Malaysia.
  • Para pelanggan juga disaran  merujuk laman web syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan sekiranya mereka mempunyai pertanyaan lanjut.
  • Syarikat telekomunikasi itu juga dilapor berkata, cukai perkhidmatan merupakan cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan sebagaimana yang disediakan dalam perundangan cukai perkhidmatan.
  • Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan/

p/s : apa kata anda?
*sumber keadilandaily

No comments:

Post a Comment