Tuesday, June 1, 2010

Larangan merokok di tempat kerja swasta



PESERTA seminar melihat model yang menghidap pelbagai penyakit disebabkan asap rokok pada pameran Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2010 Peringkat Kebangsaan di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Selaras dengan pindaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004, semua tempat kerja yang mempunyai sistem pendingin hawa berpusat di sektor swasta digazetkan sebagai kawasan larangan merokok berkuat kuasa hari ini.
Ketika mengumumkannya, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, langkah itu merupakan matlamat utama kerajaan untuk melindungi rakyat daripada asap rokok basi (second hand smoke) dan mengekang peningkatan bilangan perokok terutama di kalangan wanita.
Untuk rekod, sebelum ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mewartakan sebanyak 20 kawasan larangan merokok seperti hospital, klinik, kompleks membeli-belah dan perpustakaan.
"Kita mahu memelihara tahap kesihatan pekerja agar mereka sentiasa sihat dan produktif serta tidak menanggung kos rawatan penyakit-penyakit akibat daripada pendedahan kepada asap rokok basi seperti penyakit jantung, kanser dan masalah pernafasan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2010 Peringkat Kebangsaan dengan tema Wanita dan Tembakau-Waspada! di sini semalam.

* sumber kosmo

No comments:

Post a Comment