Wednesday, June 23, 2010

Les Bleus terkena sumpahan?

 Hampa... Wajah kecewa pemain Perancis (dari kiri) Thierry Henry yang bersalam dengan Florent Malouda ketika keluar padang setelah kalah 1-2 kepada Afrika Selatan di Stadium Bloemfontein semalam, sekaligus gagal ke pusingan kedua. – AP

BLOEMFONTEIN – Mungkinkah Les Bleus terkena sumpahan? Ini ekoran penyertaan mereka pada Piala Dunia 2010 penuh kontroversi. Perancis layak ke Afrika Selatan hasil jaringan setelah bola terkena tangan Thierry Henry ketika aksi playoff menentang Republik Ireland. Apa yang pasti, Perancis mengulangi peristiwa hitam Piala Dunia 2002, gagal ke pusingan kedua apabila kalah 1-2 kepada Afrika Selatan, semalam.
Namun, jurulatihnya Raymond Domenech tetap berbangga dengan persembahan anak buahnya, walaupun skuad itu berdepan pelbagai masalah sebelum perlawanan.



     “Sama seperti orang lain, kami sangat sedih dan kecewa setelah gagal meneruskan kemaraan, namun pada perlawanan ini, saya melihat sesuatu di luar jangkaan dari pasukan ini.“Pemain bermain dengan sepenuh hati, tidak mudah mengalah dan menunjukkan semangat berpasukan yang tinggi.“Cuma kami menerima tamparan hebat selepas Yoann Gourcuff diperintah keluar padang dan semuanya serba tidak menjadi ketika kami mengharapkan sesuatu yang luar biasa berlaku.“Ini bukanlah masa untuk membuat analisis apa yang berlaku. Pasukan ini mempunyai potensi, mereka mempunyai kelebihan yang luar biasa. Skuad kebangsaan Perancis tidak akan berkubur. Mereka akan meneruskan perjuangan.

     “Kami membazirkan banyak tenaga sebelum perlawanan ini. Kata-kata untuk rakyat Perancis? Saya hanya mahu menegaskan saya sedih, pasukan ini mempunyai potensi, saya mengucapkan semoga berjaya buat pengganti saya.“Saya sayang pasukan Perancis. Semua ramuan untuk mencipta kejayaan ada di sini,” kata Domenech

      Domenech menamatkan tugasnya bersama Les Bleus dengan kontroversi semalam, selepas enggan bersalam dengan jurulatih Afrika Selatan, Carlos Alberto Parreira sejurus perlawanan tamat.Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) mengesahkan tugas Domenech berakhir selepas tamat Piala Dunia 2010 dan dia akan digantikan oleh jurulatih Bordeaux, Laurent Blanc.
– REUTERS



p/s : finalis 2006 tersingkir awal...
*sumber utusan

No comments:

Post a Comment