Wednesday, December 28, 2011

PERINGATAN!!


PERINGATAN UTK SEMUA!! Minta sebarkan kpd lain2 juga.. 


Jangan masuk toilet pada jam


23:59hrs, 31/12/2011 kerana.......



 - - - - - - - - - - - - - - - - - - -


 - - - - - - - - - - - - - - - - - - -


 - - - - - - - - - - - - - - - - - - -




 anda akan keluar drp toilet pd tahun depan!!!

hahahahaha..

Friday, December 16, 2011

Selamat Datang Baby Girl

anak pertama Hanizam & Maziah (Nur Dania Irdina)

Seronok xterkira pagi td kerana admin dpt anak menakan lg sorang..
16.12.2011 jam 2.45pagi lahirlah seorang bayi di Hospital Jitra..
berat 3.18kg..

hidung mcm abah dia..muka cengei mcm mak dia..hoho


kpd abg admin ,lepas nie byk tanggungjawab la nk kena buat.. ^_^

Perlawanan Taekwondo Yang Dasyat!


Haha..cute sgt..

Tuesday, December 13, 2011

Friday, November 18, 2011

Cikgu Blog


Hari nie aku kembali menjadi cikgu blog..
Tapi kali nie peserta paling sikit..6 org ja..hohohoho

Saturday, November 12, 2011

Kungfu Ayam


haha  last2 budak tu yg kena ligan..

Friday, November 11, 2011

Sepetang Di Kedai Bukit Wang Motor

Salam...entri nie sepatutnya di post lama dah,tp sbb malas terpaksa post lmbat..
Sehari sebelum raya haji,moto cabuk admin di bawa ke kedai pomen..(Bukit Wang Motor)

Disebabkan malas nk servis tiap2 bulan,moto cabuk admin dah semakin cabuk..
Apa lg,admin terus la bawa moto cabuk admin hantar kt pomen..



Pomen aku nie namanya Ameng..
Dia la toke kedai,dia juga la pomen kt kedai nie..
Mmg sempoi dia ni,sbb dah 6tahun admin dok antaq repair moto kt dia..
Mmg harga yg dia bg murah dari kedai2 yg lain..

p/s : bukan Ameng kumpulan Spring 2 no..hoho ^_^

-11.11.11-


Apa yg ada pada tarikh ini?
11.11.11 (11 November 2011)

Setahu admin , tarikh nie ramai manusia yg kalut buat kenduri tunang,kawin dan sebagainya..
Yg pasti,tarikh ini patut kita sama2 renungkan kerana tarikh seperti ini datang sekali saja di dalam dunia ini..
Sama mcm tahun lepas (10.10.10) dan tahun2 sebelumnya..

Jadi,banyakkan amalan kita di dunia ini..
Mudah-mudahan hidup kita diberkati dan diredai Yang Maha Esa..Amin.


p/s : 11.11.11 jatuh pada hari jumaat..Allahuakbar!

Wednesday, November 9, 2011

Seni Di Lubang Jarum


Sebelum nie kita semua tgk ada post pasai Akinobu Izumi yg seninya mmg halus..
Jom tgk hasil seni dari brader
Willard Wigan plak..seni arcanya lg melampaui batasan akal manusia sbb beliau membuat arca di dalam lubang benang..ya lubang benang..

Arca Kecil Yang Tak Tercapai Minda...


Akinobu Izumi adalah seorang artis jepun yg suka mencipta arca..
bukan arca yg besaq2,tp arca kecik..mmg penuh seni la..

10 Solat Yang Tak Diterima Allah S.W.T


Rasulullah s.a.w.  telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim) Rasulullah s.a.w.  telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah s.w.t., antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

Tuesday, November 8, 2011

Shin Chan Anime Cosplay


Jika Crayon Shin Chan adalah watak dalam anime yg lain,beginilah jadinya...

Saturday, November 5, 2011

Salam Aidiladha..


Salam Aidiladha buat semua umat muslimin dan muslimah..
mudah-mudahan kita mendapat hidayah dan keberkatan di hari raya yang mulia ini..


p/s : jgn  makan daging byk sgt..sakit perut nanti..hoho

Wednesday, November 2, 2011

Teh Tarikh?

Teh 'TARIKH' Onne!

*sumber 100% ciplak dari Kimie-Blog
p/s : typo betoi la..

Tuesday, November 1, 2011

Jitra

cuaca sebelum hujan..(di pekan Jitra 2)
Cuaca Pada jam 2.20 ptg td begitu merisaukan..
pokok hujan di sana sini di kawasan Jitra..

 hujan bersama ribut yg sgt kuat (di Majlis Daerah Kubang Pasu)

Hujan turun xsampai 15minit pun..tp sgt lebat..

p/s : hampir2 basah lencun..hahaha

1.11.11


Hari ini hari yg mempunyai tarikh yg istimewa..
Iaitu 1.11.11 (1 November 2011)

Tarikh yg sama (hari,bulan dan tahun)..

Thursday, October 27, 2011

Monday, October 24, 2011

KOSMO pun mau buat lawak jugak!

City bedil United 6-1

BALOTELLI meledak dua gol bagi membantu City membenamkan United 6-1 di Old Trafford.


MANCHESTER - Hasrat Manchester United untuk me rampas kedudukan selaku pendahulu carta Liga Perdana England tidak kesampaian.
Semalam, skuad The Red Devils tewas 1-3 di tangan jiran setempat, Manchester City pada aksi di Old Trafford.
Dua gol City diperoleh menerusi penyerang kontroversi Itali, Mario Balotelli pada minit ke-22 dan 60 sebelum Sergio Aguero meledak gol ketiga sembilan minit kemudian.

Gol saguhati United pula dijaringkan oleh Darren Fletcher pada minit ke-81.
Kemenangan itu sekali gus menyaksikan City terus kekal menerajui takhta liga dengan mengumpul 25 mata, lima mata meninggalkan United di tangga kedua.

Sementara itu, Arsenal berjaya mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Stoke City 3-1 di Emirates, manakala Fulham sekadar seri 1-1 dengan Everton di Craven Cottage.

* APAHAL kosmo??mau backup team Menyu ka..
- dah kena 6-1 p tulis plak 3-1
- arsenal menang 3-1 p tulis 2-1..
APAHAL??

sumber sahih dari KOSMO

UTUSAN buat lawak pagi ini..-FAIL-

Rumah juruterbang TUDM sekali lagi disamun, bakar



Beginilah keadaan rumah Azhar Mohamad yang dibakar sekumpulan penyamun di Taman Tasik Kesuma, Semenyih, semalam.



HULU LANGAT 23 Okt. - Penghujung September lalu, Leftenan Kolonel Azhar Mohamad kerugian kira-kira RM20,000 setelah rumahnya di Bandar Tasik Kesuma, Semenyih di sini disamun dan dibakar oleh sekumpulan penjenayah.

Dan 24 hari kemudian, juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berusia 46 tahun terbabit sekali lagi diuji apabila rumahnya disamun penjenayah dipercayai yang sama dan turut membakar keseluruhan rumahnya mengakibatkan dia kerugian RM500,000.

Kejadian menimpa Pegawai Laksana Pangkalan Udara di Gong Kedak, Jertih, Terengganu itu adalah kes kesembilan berlaku di kawasan Semenyih dan Kajang tahun ini dan ke-16 dalam tempoh dua tahun.
Mujurlah semasa kejadian pada pukul 2 pagi ini, rumah itu kosong kerana Azhar bersama isterinya berada di Terengganu manakala seorang anak mereka bermalam di rumah ibunya dan dua lagi tinggal di asrama.
Menurut Azhar, rumah berkembar dua tingkat yang dibeli pada 2006 itu disamun dan dibakar penjenayah pada 30 September lalu menyebabkan dia kerugian RM20,000 apabila suspek melarikan barang kemas dan perhiasan rumah diperbuat daripada tembaga.

"Suspek masuk melalui belakang dengan mengumpil pintu jeriji bilik tidur di tingkat bawah lalu menggeledah rumah, membakar ruang tamu, bilik tidur utama dan kedua sebelum melarikan barang-barang berharga.
"Dalam proses menguruskan tuntutan insurans bagi kebakaran pertama itu, saya tidak sangka penjenayah sama akan kembali menyamun dan membakar rumah saya pagi ini," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.

Azhar berkata, beliau mengetahui rumahnya sekali lagi terbakar setelah dihubungi jirannya, Kapten (B) Kamarunsaman Awang kira-kira pukul 3 pagi.

Katanya, beliau dan isteri terus mendapatkan penerbangan pertama dari Kota Bharu, Kelantan untuk pulang ke rumah mereka dan amat sedih apabila melihat semua barangan dalam rumah sudah menjadi abu.
Kamarunsaman pula berkata, beliau pada mulanya menyangka bunyi percikan api dari rumah jirannya itu adalah perompak yang ingin memecah masuk ke rumahnya sehinggalah ternampak api menjulang naik melalui tingkat atas.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Semenyih, Datuk Johan Abd. Aziz ketika melawat tempat kejadian memberitahu, beliau akan mengadakan pertemuan dengan penduduk dan polis untuk membincangkan cadangan supaya Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di semua taman perumahan menubuhkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) bagi mengelak kejadian sama berulang.

"Saya difahamkan, kejadian menimpa Azhar adalah kes ke-16 yang berlaku di Kajang dan Semenyih dalam tempoh dua tahun," katanya sambil mengingatkan semua penduduk supaya melahirkan rasa bimbang dengan kejadian tersebut.


 * xpayah nak baca cerita panjang2 kt atas 2..tgk kt gambar dgn keterangan gmbar 2..APAHAL..
sumber 100% UTUSAN

MENYU (Man. Utd.)

Apa hal budak2 menyu nak emo..arsenal kena lg terok kot..hahaha

Cucoq!

Sunday, October 23, 2011

Utamakan Keselamatan

sapa berani curi??

Fail!

cuba cari apa yg fail dlm gmbar di atas?

Realiti Seorang Kaki Game


ingat senang ka nk menang game minesweeper..hahahaha

Tuesday, October 11, 2011

Seorang Pakcik Di KFC


Kisah pak cik di KFC

Lokasi : KFC di Kedah.

cashier : makan sini ka bawa balik?

pakcik : makan kat sana.(tunjuk meja)..patot ramai..pakat duk makan kat sini..



Wednesday, October 5, 2011

Basikal 2 Dalam 1


Produk-Produk Apple Untuk Seisi Keluarga

Piramid Makanan..



Malaysia mempunyai rekod di mana rakyatnya ramai yg menghidapi obesiti akibat kaedah pemakanan yg tidak seimbang..
Jangan asyik makan tidoq makan tidoq ja..
Bersenam pun kena jugak..

Tips utk amalkan pemakanan yang seimbang.. :

  1. Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk / penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.
  2. Kurangkan makan makanan bergoreng, berlemak dan berkolestrol.
  3. Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.
  4. Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.
  5. Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.
  6. Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan.
  7. Cubalah berpuasa sekali seminggu utk merehatkan badan,perut dan minda.
 p/s : selamat mencuba!

Thursday, September 29, 2011

Kisah Cinta Dan Rokok


Sepasang kekasih di kedai makan.
GF : u tau x rokok ni blh wat u cpt mati?

BF : mane ade. Jodoh ajal maut semua kat Tuhan yang tentukan...

GF : hmmmm...berapa banyak u habiskan duit untuk rokok?

BF : satu kotak Dunhill RM10. Perghh! Feeling...

GF : satu hari satu kotak. seminggu RM70. Sebulan RM2,100. Setahun RM25,200....ayg mule isap rokok bile???

BF : pandai math u ni...dri tingkatan 2. kenape?

GF : skrg ayg punye umo 24. 24-14=10.. and then RM25,200 darab dengan 10 dapat RM252,000! Banyakkan yang u dah bazirkan dlm tempoh 10 tahun.

BF : so? I ade mintak duit kat u ke nak beli rokok? Tak adakan?!

GF : memanglah takde tapi kalau u tak merokok and u simpan skrg u dah boleh beli Skyline ke... Evo ke... semua boleh!
BF : u isap rokok x yang?

GF : Tak yang...kenape tanye mcm 2?

BF : kalau u x isap mane Skyline you ?

GF : @$%#$^^%&*%
*sumber facebook

Tuesday, September 27, 2011

Hari Selasa Yang Sejuk


Hari nie sangat sejuk..
Hujan yg turun menusuk kalbu ini..
Mata terasa berat sekali..
Hujan Oh Hujan..

Sekian.

Monday, September 26, 2011

10 Haiwan Terkuat


Hampa rasa hampa dh cukup kuat mcm haiwan2 di bawah nie?

Tengok Dulu...

Sunday, September 25, 2011

Lau Ayam & 5-10 (8.9.2011)


Bila xdak keja yg nk dibuat...geng [LS] FAMILIA akan p berjalan xkira di mana pun,janji smpai..
Tanggal 8.9.2011 kami p melawat presiden kami iaitu syam di tempat kerjanya di Lau Ayam di Kuala Nerang..

macam2 terjadi sepanjang perjalanan pergi dan blk..

Jamming Time! 6.9.2011


Sapa kata geng2 [LS] FAMILIA xpandai main alat muzik??
Sapa yg kata?mai nk luku kepala 4kali..haha

Mempersembahkan....

Open House Raya di Rumah Fareez & Faeez 5.9.2011

Salam..
Lepas saja open house kt rumah paklang,ada open house plak dkt rumah Fareez(reff) dan abgnya Faeez..
Layan nasi himpit sampai menghimpit perut...

Open House Raya di Rumah Paklang 4.9.2011

Salam aidilfitri..
Open house pertama di rumah kawan2 adalah di rumah aimran@paklang..
Beliau merupakan seorang yg berdedikasi lg berkepimpinan..(merapu la sikit) hahaha

Buka Puasa Kuala Perlis 27.8.2011


Salam semua..
Seperti setiap tahun,[LS] FAMILIA akan membuat jamuan buka puasa di Kuala Perlis...
Ini adalah tradisi kami dari tahun 2008 lagi..
Jamuan kali ini di buat di restoran pelantar,berdekatan dgn medan Kuala Perlis..
Selalu di buat di medan Kuala Perlis,kali nie ubah angin plak..
Layan....

BBQ [LS] 23.7.2011

Yeah..update dari [LS] kembali semula..
Kali nie bermula dgn bbq ni dusun tuan presiden Syam..(23 Julai 2011)
Time nie musim buah..mmg sempoi la..
Makan smpai sengkak dan terus cirit!!
Enjoyyy...

Wednesday, September 14, 2011

Terbaik


comform cikgu budak nie sakit kepala..

p/s : budak2 zaman la nie mcm2 perangai..hahaha
*kredit gempak

Thursday, September 8, 2011

Cukai Prabayar Telefon Naik 6%..


Cukai bil prabayar telefon bimbit naik 6 peratus
  • KUALA LUMPUR: Syarikat telekomunikasi mengaut keuntungan berbilion ringgit setahun,  tetapi cukai perkhidmatan bagi  tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi dinaikkan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 September ini.
  • Ia bermaksud, seorang pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60,  dengan 60 sen sebagai cukai perkhidmatan.
  • Pada masa yang sama, peneraju penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia, MAXIS Berhad (Maxis) merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM1.498 bilion untuk tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2011.
  • Ia meningkat berbanding RM1.485 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.
  • Menurut laporan Bernama, pelanggan prabayar dimaklumkan melalui SMS bermula tengah hari ini mengenai cukai perkhidmatan itu, berdasar kenyataan bersama yang dikeluarkan  syarikat telekomunikasi Malaysia.
  • Para pelanggan juga disaran  merujuk laman web syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan sekiranya mereka mempunyai pertanyaan lanjut.
  • Syarikat telekomunikasi itu juga dilapor berkata, cukai perkhidmatan merupakan cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan sebagaimana yang disediakan dalam perundangan cukai perkhidmatan.
  • Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan/

p/s : apa kata anda?
*sumber keadilandaily

Wednesday, September 7, 2011

Padiaaa...

Salam..mcmna sambutan raya anda semua?
mesti byk p rumah terbuka kan?
byk dpt duit x?klau rasa byk 2,hulur2 la mai kot sini sikit..hihi

Rasa mcm nk tukaq design header dgn template baru la...
nantikan wajah baru lsfamilia


Dan nantikan update lsfamilia di hari raya..yeaaaa

Monday, August 29, 2011

Raya Bakal Tiba..


Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua umat Islam..


pada yg mengenali admin dan blog lsfamilia nie,harap diampun segala dosa2 silam..
maaf zahir dan batin..


dan tak lupa selamat menyambut Hari Kebangsaan..Merdeka!!

Wednesday, August 24, 2011

Kuala Perlis...



Apa yg sempoi kt Kuala Perlis??

Semestinya permandangan tepi pantai yg sejuk mata memandang..
Bukan tu saja,Kuala Perlis pun adalah 1 tempat di mana hampa semua boleh dpt makanan dan masakan berasaskan laut / seafood..
Nak lepak-lepak makan jagung bakar pun boleh..

Kalau x percaya try la rasa tgk,sekali try tiap-tiap hari mau..hoho

antara menu yg paling terbaik di Kuala Perlis

jom ramai-ramai buka puasa di Kuala Perlis
p/s : promote Kuala Perlis..^_^

Sunday, August 21, 2011

MATA!!


Mata merupakan anugerah Ilahi yg xternilai..
renungan mata memberi 1001 erti yg berbeza..
mari kita renung gambar MATA dibwah ini bersama-sama..

Pendrive Yang Cool #2


Banyak design pendrive/thumbdrive di pasaran sekarang ini..
sehinggakan bentuknya ada yg elok,menarik,comel dan ada bentuk yg merapu dan x masuk akal (kt sini pun ada)..

Wednesday, August 17, 2011

-HARI RABU-


Hari ini ialah hari Rabu 17 Ogos 2011 bersamaan 17 Ramadhan..

Dah 17 hari umat Islam di seluruh dunia berpuasa..
ptg nie nk mkan apa buka puasa?


 Senarai makanan & minuman yg sedap di bulan puasa :
  1. Murtabak
  2. Ayam Percik
  3. Roti John
  4. Cucuq (terutama masalode dan cucuq badak)
  5. Laksa
  6. Bihun,Koteow,Mee Sup / Goreng
  7. Nasi Ayam
  8. Air Tebu,Soya
  9. Air Buah

Semestinya murtabak dan cucuq pilihan admin ..hahaha

Selamat Berbuka Puasa!!

Monday, August 15, 2011

Meriam oh Meriam..



KABOOMM!!!!
Jom maim meriam..xkiqa la meriam buluh ka,meriam tin ka,meriam katak ka..

sapa yg xpernah main meriam??
zaman muda anda penuh kerugian..

teringin nk buat meriam besaq nie..hahaha

p/s : teringat zaman muda dok main meriam ngan kwn2..hohO