DE JONG tidak dapat beraksi menentang Uruguay kerana digantung satu perlawanan.
Atas kertas begitulah nampaknya tetapi dengan kehilangan beberapa pemain tonggak, apa-apa sahaja boleh berlaku terutama ketika kedua-dua pasukan semakin menghampiri untuk merangkul kejuaraan bola sepak paling berprestij di dunia ini.
Di pihak Belanda. mereka akan turun tanpa dua 'kereta kebal' iaitu pemain pertahanan, Gregory van der Wiel dan pemain tengah, Nigel de Jong selepas masing-masing mengutip kad kuning kedua ketika menentang Brazil.
Mujur dua tonggak serangan, Arjen Robben dan Wesley Sneijder masih cergas dan bakal menjadi pemain paling bahaya buat Uruguay.
Namun, bukan barisan pemain sahaja memainkan peranan penting ketika ini tetapi juga rekod penca- paian dan keyakinan tinggi yang berjaya diterap jurulatih, Bert van Marwijk.
Belanda tidak pernah kalah dalam lapan perlawanan pusingan kelayakan dan hadir ke Afrika Selatan ini juga dengan rekod bersih tanpa kalah setakat ini.
Berbekalkan rekod kebal ini ditambah dengan kejayaan menewaskan Brazil di suku akhir, Belanda kini boleh dianggap antara pasukan terbaik di dunia.
"Jika ini (pencapaian dan rekod kemenangan) yang kami ada, ia perlu diteruskan. Kepada pemain saya tegaskan, kita ada dua perlawanan sahaja lagi untuk dilalui. Jadi berilah tumpuan," tegas van Marjwik.
Pencapaian Belanda ini seharusnya menggerunkan Uruguay yang hanya bernasib baik mara ke separuh akhir atas ehsan daripada kealpaan Ghana.
Namun di bawah bimbingan Oscar Tabarez, Uruguay tidak boleh diketepikan begitu sahaja yang mana Tabarez sendiri yang terkenal dengan gelaran El Maestro di negaranya belum mahu mengalah sebelum berjuang.
"Pencapaian muncul sebagai empat pasukan terbaik sudah cukup menyuntik semangat pemain yang tidak pernah terbayang kami mampu pergi sejauh ini.
"Mereka amat bersatu hati. Jika hanya sedikit harapan diletakkan kepada pasukan ini, kami perlu kekal memberikan saingan dan jangan menyerah sebelum kalah," katanya.
Uruguay pastinya paling terasa kehilangan penyerang, Luis Suarez yang menerima kad merah selepas menahan bola dengan tangan ketika menghalang tandukan pemain Ghana di atas garisan gol.
Turut tidak dapat beraksi kerana penggantungan adalah pemain pertahanan, Jorge Ciro Fucile manakala Diego Lugano dan Nicolas Lodeiro masih cedera. - AFP
p/s : harap2 pasukan belanda dpt menjulang piala dunia kali nie...
* sumber kosmo
No comments:
Post a Comment