Monday, July 5, 2010

'10' gagal di bumi Afrika


PARIS – Biasanya jersi No. 10 sentiasa membawa tuah dan menjulang nama si pemakainya. Tetapi malangnya ia tidak berlaku pada Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.



Satu ketika dulu, memakai jersi No.10 ibarat penghormatan besar sebagai pemain berpengaruh dan digeruni lawan di atas padang seperti yang dibuktikan Pele, Diego Maradona dan Zinedine Zidane.

Namun pengiktirafan yang terbina selama ini gagal diikuti jejaknya oleh generasi pemain sekarang serta jauh daripada jangkaan yang diharapkan.

Pemain seperti Kaka misalnya jelas mengecewakan kerana bermain di luar kemampuan sebenar. Berbanding dengan generasi Pele dahulu, kelibat dan percubaan Kaka langsung tidak menepati sasaran.

Hanya tiga hantaran tepat kepada rakan sahaja mampu dilakukan Kaka di depan gawang lawan manakala untuk menjaringkan gol walaupun satu, jauh sekali.

Nasib serupa menimpa Lionel Messi yang pulang bukan sahaja tanpa sebiji gol tetapi juga pulang dengan rasa malu kerana reputasinya seburuk penampilan pertamanya pada Piala Dunia sebelum ini.

Pada 2006, Messi meninggalkan padang sebagai pemain simpanan dengan kecewa selepas menyaksikan Jerman menewaskan Argentina menerusi penentuan sepakan penalti.

Kali ini turun sebagai pemain tonggak dan pemain terbaik dunia, Messi menerima nasib sama tetapi dalam nada lebih memalukan kerana Argentina dibelasah 0-4 sekali lagi oleh Jerman.

Jika di England, Geoff Hurst pernah membuktikan jaringan hatrik berjaya menjulang pasukannya pada perlawanan akhir Piala Dunia 1966.

Namun tidak bagi Wayne Rooney yang hanya gah di Liga Perdana England tetapi tenggelam punca seperti baru belajar bermain bola di pentas antarabangsa. – AFP

p/s : pemain no.10 pasukan belanda mmg cemerlang... :thumbsup:
* sumber kosmo

No comments:

Post a Comment