Monday, July 19, 2010

Filem Mantra...

Salam semua...
ptg kemarin admin p layan filem Mantra...

so jom kita tgk sinopsis cita seram nie..

Sinopsis:
Filem seram ini mengangkat kisah penggunaan ilmu hitam kerana dendam dan kepentingan diri sendiri. Kisah bermula dengan pembukaan cerita di kawasan perkuburan di mana Muzir dianiaya oleh Hasbi demi melengkapkan ilmu hitam serta mendapatkan isteri Muzir. Akibatnya Muzir dipenjarakan seumur hidup.

Di dalam penjara, Muzir berjaya mendapatkan ilmu hitam daripada Embah yang bakal menemui ajalnya. Namun, ilmu Muzir tidak sempurna kerana bilik penjaranya dikunci dengan ayat-ayat serta kalimah Allah. Lalu muncullah Pak Long, seorang warden penjara dan juga Pakcik kepada Muzir yang isterinya ditimpa musibah. Akibat cintakan isteri dan terdesak, Hafif telah bersetuju dengan syarat-syarat Muzir iaitu  memadam ayat dan kalimah Allah di sekitar bilik penjara Muzir, menghidangkan tiga jenis hidangan untuk penjaga ilmu hitam dan mengambil tali pengikat pocong wanita yang mati kerana anak sulung menggunakan gigi.

Setelah ayat dan kalimah Allah berjaya dipadam oleh Pak Long, maka berlakulah perubahan ilmu Muzir dengan air yang melimpah di dalam bilik penjara serta bayangan makhluk hitam yang memenuhi dinding penjara. Serentak dengan itu, Muzir muncul di dalam sebuah paya lalu melakukan pembunuhan sebagai makanan kepada ilmu hitam miliknya. Maka bermulalah pembalasan dendam kesumat Muzir terhadap Hasbi.

 penjara pudu..antara lokasi pengambaran filem nie..

 Muzir sedang dipujuk oleh Embah supaya mengamalkan ilmu hitam

Muzir memakan Embah utk melengkapkan ilmunya

Paklong (warden penjara) kepada Muzir yg telah membantu Muzir melepaskan diri dari penjara

 Ani (isteri kpd Hasbi/bekas isteri Muzir)

babak pertarungan antara Muzir dan Hasbi

sumber dari sinemamalaysia :thumbsup:


Trailer Filem Mantra

bg yg xtgk lg jgn lepaskan peluang..
sbb admin tgk cita nie pun buleh tahan seramnya..efek pun bagus..
  
p/s : admin bg rating 3 star dari 5 star utk filem nie 8-)

No comments:

Post a Comment