Jangan Gelak 1:
LESEN P
Kisahnya begini ... seorang pak cik tua yang baru saja lulus lesen menunggang motosikal. Jadi, mengikut undang-undang, stiker berhuruf "P" hendaklah digantung pada motosikal sekiranya seseorang baru dapat lesen motor. Pak cik tu tunggang motosikal. Pastu adala plak road block ...
Polis : "P" mana pakcik?
Pak Cik : P Aloq Staq (loghat Kedah).
Polis : Pak cik nak bergurau pulak. "P" mana pak cik?
Pak Cik : Aku nak p Aloq Staq. (Dah mula naik angin).
Polis : Amboi, main-main pulak pakcik (tersengih). Pak Cik, "P" mana?
Pak Cik : Aku habaq Aloq Staq hangpa tak percaya. Apa hang ingat aku tak tau ka jalan ni nak pi aloq staq. Hangpa jadi polis pun hangpa jangan nak perleceh aku tau (marah).
Polis : Pi pi pi pi lah ... nyusah aje
Pak Cik : kan mudah camtu ...
Jangan Gelak 2:
BAYARAN ANSURAN
Setahun dari kejadian tu, si gelfren ni telah berkenalan dengan sorang mamat yang macho dan dia terus jatuh cinta ngan mamat tue.Aper lagi, si gelfren ni pun putuskanlah hubungan dia ngan bofren dia yg lama tu.Si bofren ni punyalah geram, dan dia berkata, "Tak kenang budi punyer awek!! Bagi balik darah yang aku derma kat kau tahun lalu"!!
Si Gelfren yang sedang datang bulan membalingkan tuala wanitanya ke arah befren dia dan berkata,"Nah aku bayar ansuran tiap-tiap bulan!!!"
Jangan Gelak 3
KELAS EKONOMI
"Cik, tiket cik untuk kelas ekonomi, tempat duduk cik dibelakang sana"
"Eh, awak siapa nak paksa saya duduk sana, duduk sini, gadis secantik saya tak layak duduk disana, nanti orang tak nampak saya, faham tak??" herdik gadis seksi dalam suara meninggi sambil berdiri.
Kecewa dengan sikap penumpang itu, pramugari itu memberitahu ketuanya
"Cik kena pindah ke kelas ekonomi juga kerana tempat duduk ini untuk penumpang lain" pujuk ketua pramugari.
"Awak ni lagi satu. Takkan sana nak duduk dibelakang. Tengok oranglah!!!" katanya.
Ketua pramugari tiada pilihan, terpaksa memberitahu kapten yang kemudian membisikkan sesuatu ke telinga gadis tersebut. Beberapa ketika kemudian, gadis itu bangun dan menuju ke kerusinya yang betul.
Apa kapten bisikkan pada gadis itu?" tanya pramugari hairan bagaimana begitu mudah masalah dapat diselesaikan. "Saya beritahu dia, kelas pertama tak mendarat di Labuan"
Jawab kapten....
Jangan Gelak 4
PERFUME SPECIAL
Sampai tingkat satu, tetiba je masuk sorang awek cun lagi bergaya lalu menyembur perfume ke tubuhnya."Ini perfume mahal tau..jenama Beverly Hills, RM400 sebotol," katanya angkuh. Bengang giler mamat tu.
Sampai tingkat tiga, masuk lak sorang mak datin juga menyembur perfume ke tubuhnya. "Perfume Vecinza dari Itali, RM1000 sebotol tau," kat mak datin tu lagi angkuh berbanding awek cun tadi. Lagilar menyampah giler mamat tu.
Sampai je tingkat lapan, pintu lif pun terbuka dan mamat tu sedia lar nak keluar dari lif. "Proootttt!!! Sebelum keluar mamat tu sempat mengeluarkan "gas aslinya" dalam lif tu. "Telur rebus kedai mamak. Tak mahal, lima puluh sen sebiji jer..,"kata mamat tu selamba lalu berjalan meninggalkan kedua pompuan kerek yang mula termuntah dalam lif.
Jangan Gelak 5
TERTIDUR DALAM KERETA
Dia bermimpi yang mereka berdua sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang Anak. Mereka hidup aman bahagia sehinggalah Saodah mengetahui yg suaminya itu bermain kayu 3 dan mempunyai perempuan simpanan. Bereka bertengkar...
Saodah : Ooo dulu bukan main janji Sehidup semati.
Suami dia : Ala, jgn la marah Dah.
Tiba2 Saodah Mengigau lalu menjerit
"HANTAR SAYA BALIK RUMAH MAK BAPAK SAYA!!!!"
Dengan selamba, kekasihnya yg masih memandu tadi berkata
"Ye la, kan tiap-tiap hari saya fetch awak balik opis, nak hantar kemana lagi kalau bukan rumah mak bapak awak?"
No comments:
Post a Comment